Harian Metro

NOSTALGIA KERATAN TIKET

„ Sopian simpan pas masuk Piala Malaysia 1998

- Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my

Keratan tiket final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu 20 tahun lalu menjadi antara barang kesayangan yang masih disimpan penyokong tegar The Bos Gaurus, Sopian Saat@Che Wan,

45.

Bukan sekali dua rakan-rakannya mahu ‘membeli’ tiket berkenaan, namun bagi Sopian yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu, tidak ada barangan lain yang mampu mencairkan hatinya untuk melepaskan keratan tiket berkenaan.

“Saya masih simpan tiket perlawanan akhir Perak menentang Terengganu 20 tahun lalu. Ada rakan mahu menukar jersi berjenama dengan tiket ini, namun saya tidak mahu kerana ia mempunyai nilai sentimenta­l tersendiri buat saya,” katanya.

Sopian berkata, sebagai penyokong tegar Perak, beliau tidak lokek mengeluark­an modal besar semata-mata mahu mengumpul koleksi jersi, menghias motosikaln­ya dan membeli beberapa barangan berkaitan pasukan.

Menurutnya, hingga kini beliau mempunyai lebih 30 koleksi pelbagai jersi, jaket, kemeja-T, bola dan mafla pasukan Perak sejak 10 tahun lalu.

Pada edisi final 1998, Perak muncul juara selepas menumpaska­n Terengganu di Stadium

Nasional

Bukit Jalil

dan keratan tiket itu adalah antara tiga barangan yang paling disayangin­ya.

“Dua lagi adalah jersi pasukan Perak tahun 1995 yang ditandatan­gani legenda The Bos Gaurus, Azizol Abu Haniffah ketika perlawanan persahabat­an di Pangkor tahun lalu dan bola yang ditandatan­gani pemain skuad 2016 selepas suku akhir Piala FA.

“Paling saya sayang adalah tiket itu kerana tahun ini genap 20 tahun perlawanan akhir pertama antara Perak dan Terengganu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Manjung Point, semalam.

Edisi 1998 mencatat sejarah tersendiri buat Perak apabila muncul juara Piala Malaysia buat kali keenam.

Ketika itu, Sopian baru berusia 25 tahun dan masih bujang.

“Ketika itu saya masih dalam tentera dan sanggup mengambil cuti. Saya dan rakan-rakan datang awal ke stadium sementara menunggu sepak mula,” katanya.

Untuk final malam ini, Sopian hadir ke Stadium Shah Alam dengan menaiki bas bersama penyokong Perak dari Manjung.

 ??  ?? SOPIAN menunjukka­n keratan tiket (gambar kecil) serta koleksi jersi Perak kesayangan­nya.
SOPIAN menunjukka­n keratan tiket (gambar kecil) serta koleksi jersi Perak kesayangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia