Harian Metro

PBSNT siasat penjualan tiket secara ‘black market’

- Zaid Salim cnews@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung penjualan tiket menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook yang tular semalam.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan menyeluruh termasuk mengesan individu tidak bertanggun­gjawab melakukan penjualan di pasaran gelap.

“Kita tidak tahu daripada sumber mana mereka memperoleh tiket berkenaan dan dijual dengan harga RM70 sekeping.

“Bagaimanap­un, kita tidak menolak kemungkina­n ada individu tidak amanah dalam penjualan tiket yang sepatutnya dilakukan secara telus,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Susulan itu, pihaknya menyaranka­n penyokong atau individu tidak berpuas hati atau curiga dengan kaedah penjualan tiket supaya membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dilakukan pihak berkuasa.

“Bagi pihak PBSNT, kita akan jalankan siasatan dalaman berdasarka­n laporan lengkap diterima daripada Jawatankua­sa Tiket termasuk siasatan berhubung penjualan tiket menerusi laman sosial.

“Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat laporan polis berhubung isu tiket ini,” katanya.

Berdasarka­n aplikasi WhatsApp yang tular di Facebook, penjualan tiket secara tidak sah itu boleh dilakukan secara terus bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Kemaman saja.

Bagi pembeli luar daerah itu, urusan penyerahan tiket akan dilakukan di perkaranga­n Stadium Shah Alam, hari ini dan ia turut disertakan nombor telefon bimbit yang boleh dihubungi bagi memudahkan urusan penyerahan tiket pada hari berkenaan.

 ??  ?? MESEJ penjualan tiket tular di laman sosial.
MESEJ penjualan tiket tular di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia