Harian Metro

PENYOKONG BERANG

- Mohd Hafizee Mohd Arop, Azizan Hashim dan Malik Muhamad sukannews@nstp.com.my

Kemarahan penyokong ‘The Bos Gaurus’ yang gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Perak dan beberapa daerah lain memuncak berikutan penularan gambar pakej rombongan sekumpulan individu di Facebook yang turut menawarkan tiket berkenaan.

Selain tiket, pakej berharga RM120 seorang ditawarkan membabitka­n tambang bas dan baju T eksklusif final Piala Malaysia dengan penyokong membeli tiket perlu berkumpul di Arena Rakyat Tualang Sekah dan Masjid An-Nur Kampar di Kampar jam 2 petang hari ini untuk ke Stadium Shah Alam.

Menerusi poster pakej rombongan itu, penganjur memaklumka­n tidak menjual tiket saja sebaliknya perlu membeli secara pakej dan turut memaparkan gambar seorang lelaki memegang tiket yang banyak.

Persoalan yang timbul kini, bagaimana kumpulan berkenaan mendapatka­n jumlah tiket yang banyak sedangkan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada mulanya hanya menjual 10 tiket bagi setiap pembeli dan kemudian diturunkan lagi kepada lima bagi membolehka­n lebih ramai membelinya.

Sehingga malam kelmarin, pakej berkenaan masih Ipoh: Entah apa ganjaran yang bakal menanti pasukan bergelar juara Piala Malaysia musim ini ketika pengurusan tertinggi Perak dan Terengganu FC masih lagi ‘berahsia’.

Bagi pemain The Bos Gaurus, mereka sudah pun menerima RM15,000 setiap seorang hasil kejayaan layak ke final tetapi sudah tentu ada ganjaran lain yang menanti jika bergelar juara malam ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu setakat ini masih enggan mendedahka­n dibuka kepada penyokong dan perkara itu menimbulka­n tanda tanya kepada mereka berkaitan pengagihan tiket dilakukan PAFA.

NSTP kemudian cuba mendapatka­n penjelasan Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengenai poster tular serta gambar lelaki memegang tiket berkenaan kerana tindakan itu boleh mengundang kemarahan penyokong.

Hasnul Zulkarnain menjelaska­n, pihaknya menyedari kewujudan pakej berkenaan dan mengakui PAFA ada meluluskan penjualan bentuk ganjaran atau insentif yang bakal diterima pemain dan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengaku semuanya akan diumumkan sendiri oleh orang nombor satu negeri itu.

“Iya (imbuhan bakal diumumkan Ahmad Faizal), tapi secara dalaman saja,” katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp kerana difahamkan beliau kini berada di London.

Bagaimanap­un, Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How yang ditemui pemberita selepas memberi kata-kata semangat kepada pemain yang berlepas ke Shah Alam berkata, sudah pasti imbuhan lumayan menanti pemain serta pengurusan jika muncul juara.

“Imbuhan itu memang ada yang agak lumayan tetapi tiket secara pukal kepada beberapa kelab penyokong yang berdaftar sebelum ini terutama kelab penyokong dari Lembah Klang untuk diagihkan di sekitar kawasan berkenaan.

Namun, katanya, beliau tidak pasti sama ada kelab yang mendapat kemudahan itu menyediaka­n pakej seperti yang tular itu.

Hasnul Zulkarnain bagaimanap­un mengakui lelaki yang memakai kemeja dalam gambar yang turut dimuat naik bersama poster oleh pemilik akaun facebook itu adalah wakil jualan kita perlu bincang sejauh mana dan selumayan mana selepas piala dimenangi. Memang Menteri Besar (Ahmad Faizal) akan ada tambahan (selain RM15,000 untuk setiap pemain selepas layak ke perlawanan akhir).

“Saya rasa ini akan dibincangk­an dan saya akan menyokong sepenuhnya keputusan dibuat kerana ini adalah penghargaa­n dan pengiktira­fan atas pengorbana­n pemain serta pegawai pasukan,” katanya.

Untuk rekod, pada 1998, pemain Perak yang muncul juara Piala Malaysia menerima RM25,000 daripada kerajaan negeri. Pada 2000, mereka menerima jumlah sama selepas sekali lagi muncul juara.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, perkara sama turut berlaku di mana ‘durian runtuh’ buat pemain masih lagi tidak diumumkan. PAFA di daerah Gerik dan bukannya pembeli tiket serta ejen yang melakukan rombongan itu.

“Berkenaan dengan penjualan tiket itu, memang kami pun tidak boleh kawal, cuma ada satu gambar viral kakitangan kerajaan pakai kemeja, dia adalah wakil jualan kita (PAFA) di Gerik.

“Dia ambil gambar (bersama tiket yang banyak) tak tahu apa tujuannya, dia sebenarnya adalah wakil penjual dan bukannya pembeli, saya minta maaf kepada penyokong yang tidak dapat beli tiket,” katanya.

„ Pihak ketiga tular pakej tiket final Piala Malaysia di FB dengan harga tak masuk akal

Jika bersandark­an rekod 2001, Terengganu yang muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama selepas menanti selama 80 tahun, mendapat hadiah paling istimewa daripada kerajaan negeri iaitu satu lot tanah kediaman di pinggir bandar raya berkenaan.

Namun, pada edisi kali ini, kerajaan negeri tidak mahu terburu-buru menjanjika­n bentuk habuan kepada pemain dan sebaliknya, mengambil sikap tunggu dan lihat.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sidang medianya Rabu lalu menyatakan, kerajaan bersetuju memberikan insentif sekiranya Terengganu menjulang Piala Malaysia musim ini.

Namun, beliau tidak mahu mengumumka­n bentuk ganjaran yang bakal diterima pemain, sebaliknya meminta mereka beraksi bersungguh-sungguh.

 ??  ?? PENYOKONG Perak hampa tiket final Piala Malaysia habis dijual.
PENYOKONG Perak hampa tiket final Piala Malaysia habis dijual.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia