Harian Metro

‘Bukan mudah akhiri kemarau 17 tahun’

-

Shah Alam: Meskipun sudah menumbangk­an pasukan terbaik Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT), saingan lebih sukar menanti Terengganu FC (TFC) apabila turun menentang Perak malam ini.

Perkara itu diakui penyerang prolifik TFC, Kipre Tchetche (gambar) yang menyifatka­n tiada laluan mudah buat pasukannya menamatkan kemarau 17 tahun trofi berprestij itu walaupun diletakkan sebagai pilihan.

“Perak pasukan yang bagus dan bagi saya tiada sesiapapun yang menjadi pilihan untuk final malam esok (ini). Malah, kalau dilihat pada pertemuan terdahulu masing-masing mencatat dua kemenangan daripada empat perlawanan antara kami musim ini.

“Ini adalah final dan ia adalah pentas berbeza berbanding ketika separuh akhir menentang JDT. Bagi saya kemenangan ke atas JDT tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tidak julang Piala Malaysia.

“Jadi, untuk membuktika­n sebagai pasukan terbaik di Malaysia kami perlu memenangi perlawanan final malam esok (ini),” katanya.

Tchetche, 31, mempamerka­n aksi memukau pada aksi timbal balik kedua separuh akhir bertemu JDT apabila meledak dua gol untuk membantu skuad Penyu mengikat lawannya itu 2-2.

Ia memadai untuk membawa mereka ke final dengan kemenangan agregat 3-2, selain memastikan awang import dari Ivory Coast itu kini hanya ketinggala­n satu gol di belakang penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula yang mengunggul­i senarai penjaring terbanyak dengan lapan gol.

Bagaimanap­un, dia berdepan saingan sengit bagi perebutan anugerah penjaring terbanyak apabila rakan sepasukann­ya, Lee Tuck dan penyerang Perak, Gilmar da Silva turut meledak tujuh gol pada kempen Piala Malaysia kali ini.

“Saya tidak terlalu memikirkan mengenainy­a (anugerah penjaring terbanyak).

Apa yang penting kemenangan pasukan, lagipun semua pemain boleh jaringkan gol.

“Saya berjuang untuk pasukan, malah kemenangan Terengganu lebih menggembir­akan saya berbanding anugerah berkenaan. Saya pasti hanya gelaran Piala Malaysia mampu menggembir­akan penyokong Terengganu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia