Harian Metro

Elak malapetaka daki Gunung Singai

-

Bau: Aspek keselamata­n di Gunung Singai di sini, akan dipertingk­atkan seiring dengan kedudukan kawasan itu sebagai destinasi pelanconga­n popular.

Ia termasuk pemasangan lebih banyak papan tanda penunjuk arah dan papan tanda amaran ketika pendakian sama ada untuk aktiviti keagamaan atau riadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik

Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, kemudahan berkaitan untuk keselesaan pengunjung juga akan ditambah baik.

Katanya, antara aspek keselamata­n yang diberi penekanan ialah pengunjung perlu mendaftar diri sebelum mendaki ke Gunung Singai.

“Ini bagi memudahkan pihak bertanggun­gjawab bertindak jika ada masalah seperti kes hilang,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Peraturan Mendaki Gunung Singai di sini, semalam.

Henry berkata, pelbagai cadangan turut dikemukaka­n untuk mengawal pergerakan pengunjung seperti pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk ke Gunung Singai.

Katanya, peralatan itu antara kaedah terbaik untuk mengenal pasti individu yang datang dan masuk mendaki ke Gunung Singai, lebih-lebih lagi bagi menghadapi situasi pendaki hilang atau sesat.

Gunung Singai antara lokasi popular dalam Daerah Bau dengan merekodkan jumlah pengunjung mencecah 200 pengunjung, terutama pada hujung minggu.

Antara tarikan di situ, aktiviti pendakian membabitka­n jarak pendakian sejauh 2,200 meter yang mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk sampai ke puncak.

Gunung Singai juga terkenal dengan sejarahnya yang menjadi penempatan awal masyarakat Singai pada zaman dahulu.

 ??  ?? GUNUNG Singai antara tarikan di daerah Bau.
GUNUNG Singai antara tarikan di daerah Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia