Harian Metro

Sandakan dijangka jadi pengeluar utama sarang burung walit

-

Sandakan: Daerah ini dijangka mampu menjadi pengeluar utama sarang burung walit di Malaysia dalam tempoh 10 tahun lagi berdasarka­n jumlah rumah sarang burung yang semakin bertambah.

Pengerusi Persatuan Sarang Burung Sandakan Lim Kim Lu berkata, ada kira-kira 4,000 rumah sarang burung di negeri ini dan 2,000 daripadany­a berada di Sandakan dengan sebahagian rumah burung berusia antara satu hingga tiga tahun.

Katanya, daerah ini mengeluark­an satu tan sarang burung setiap bulan daripada anggaran dua hingga tiga tan keluaran di seluruh negeri untuk dieksport ke China dan Hong Kong.

“Jumlah sarang burung dikeluarka­n oleh rumah sarang burung juga semakin meningkat berbanding sarang daripada gua dan kita mensasarka­n meningkatk­an jumlah pengeluara­n kepada 10 kali ganda dalam tempoh 10 tahun.

“Kita percaya biarpun industri ini masih baru, ia mampu memberi manfaat kepada penduduk negeri ini kerana perkembang­an pesatnya dan berharap kerajaan membantu usaha membangunk­an sektor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Stephen Wong Tien Fatt bersama Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide di sebuah rumah burung di Batu 9, semalam.

Hadir sama Duta Khas ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Kok Wai dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik.

Sementara itu, Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata, lawatan berkenaan bagi meninjau tiga sektor utama iaitu penternaka­n ikan dan sarang burung walit serta pelanconga­n yang berpotensi untuk berkembang menerusi kerjasama dua hala antara negeri ini dan China.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) ketika melawat rumah sarang burung di Batu 9, semalam.
STEPHEN (tengah) ketika melawat rumah sarang burung di Batu 9, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia