Harian Metro

PENCARIAN DIPERLUAS

- Erika George cnews@nstp.com.my

Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh dari bot di 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menangkap ikan di lokasi 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong, kelmarin.

Pengarah Zon Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu Kapten Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Hamden Dandan, 41, berasal dari Kampung Hilir, Pusa, dipercayai terjatuh ke laut namun kehilangan­nya hanya disedari kru lain ketika mereka menarik pukat.

“Selepas menerima maklumat berhubung insiden itu jam 9.15 malam, sepasukan anggota APMM Zon Maritim Bintulu bergerak ke lokasi untuk menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sehingga petang semalam, APMM masih giat mencari mangsa di sekitar lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Setakat ini, pencarian masih belum menemui sebarang petunjuk dan lokasi pencarian akan diperluask­an,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak yang menjalanka­n kegiatan ekonomi sekitar kawasan perairan supaya mengutamak­an aspek keselamata­n dengan memakai jaket keselamata­n bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Pada masa sama, komuniti maritim diingatkan lebih berwaspada dan sentiasa mengikuti pengumuman Jabatan Meteorolog­i Malaysia mengenai keadaan ombak serta cuaca dari semasa ke semasa, terutama ketika musim tengkujuh.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian kemalangan dan jenayah di sekitar perairan Bintulu khususnya, juga boleh menyalurka­nnya menerusi talian 086314254,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APMM menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas terjatuh bot nelayan ketika menangkap ikan.
ANGGOTA APMM menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas terjatuh bot nelayan ketika menangkap ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia