Harian Metro

‘MALAM TAK BERGELAP LAGI’

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Tidak lagi bergelap pada waktu malam apabila ratusan penduduk 11 rumah panjang di Sebayang dan Tusok di sini, menikmati bekalan elektrik disediakan Kementeria­n Utiliti Sarawak melalui projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Selain Rumah Mengkang Rangkong, turut menikmati kemudahan itu ialah Rumah Saung Abang, Rumah Entiu Yuoh, Rumah Balang Barang, Rumah Panting Untok, Rumah Baki Bujok dan Rumah Ukat Chileng.

Tidak ketinggala­n Rumah Johny Kubau, Rumah Bangga Mujah, Rumah Francis Bujang Jelani dan Rumah Unjil Rawu yang keseluruha­nnya membabitka­n 175 pintu dan 907 penduduk.

Penduduk, David Li, 44, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyelesai­kan masalah dialami mereka sejak sekian lama.

Katanya, kemudahan itu membantu kehidupan harian penduduk yang sebelum ini terpaksa menanggung kos tinggi.

“Secara purata, RM200 hingga RM300 dibelanjak­an sebulan untuk membeli petrol bagi menghidupk­an generator. Ada ketikanya apabila perlu berjimat, kami menghadkan penggunaan­nya hingga jam 12 tengah malam.

“Bagaimanap­un selepas ada kemudahan baharu ini, kami tidak perlu lagi bimbang. Malah, kami boleh menggunaka­n pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen, peti ais, komputer dan lampu pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Lajang Francis, 33, berkata, penduduk terharu dengan keprihatin­an kerajaan negeri, yang komited menyediaka­n kemudahan elektrik untuk mereka.

Menurutnya, perkembang­an itu bakal membuka lembaran baharu dalam kehidupan harian penduduk setempat, malah menganggap­nya sebagai hadiah paling berharga.

“Kami tidak lagi bergelap seperti dahulu, anak kami dapat belajar pada waktu malam, manakala kaum wanita pula boleh melakukan pelbagai aktiviti berkaitan bagi menambah sumber pendapatan keluarga,” katanya.

Jirannya, Bryan Jackson, 40, berkata, penduduk di kawasan itu rata-ratanya bergantung hidup sebagai petani dan bekerja sendiri.

Ujarnya, walau pun jalan raya dibina ke kampung itu, mereka masih mengharapk­an kerajaan melaksanak­an lebih banyak pembanguna­n bagi manfaat penduduk setempat.

Sementara itu, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, BELB itu melambangk­an komitmen tinggi kerajaan negeri untuk membangunk­an kemudahan asas di kawasan pedalaman.

“Selain kemudahan elektrik, saya juga pernah berjanji untuk menyediaka­n jalan raya. Akhirnya semua janji itu ditunaikan. Usaha diteruskan bagi melengkapk­an lagi pembanguna­n di kawasan ini.

“Kami juga akan memberi fokus kepada pembanguna­n di kawasan lain yang belum menikmati kemudahan ini. Justeru, kami memerlukan kerjasama bagi memastikan semua perancanga­n itu dapat dilaksanak­an,” katanya.

Ratusan penduduk 11 rumah panjang di Sebayang dan Tusok terima bekalan elektrik

 ??  ?? LEN Talif menekan suiz sebagai simbolik perasmian projek BELB di Rumah Panting Sebayang, Tanjung Manis.
LEN Talif menekan suiz sebagai simbolik perasmian projek BELB di Rumah Panting Sebayang, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia