Harian Metro

Kembara baiki almari

-

Sarikei: Demi berbakti kepada masyarakat, mereka sanggup berpanas dan berhujan mengembara ke segenap pelusuk negeri, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Ia sebahagian daripada usaha murni ahli Kelab Pakan Bikers Sarawak (KPBS) yang cukup aktif melaksanak­an pelbagai program sosial dan komuniti sejak ditubuhkan empat tahun lalu.

Terbaru, 14 ahli kelab motosikal itu menyertai program gotong-royong membaiki lebih 40 almari bagi kegunaan penghuni asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sugai, Pakan di sini.

Pengerusi KPBS, Lanie Lupang berkata, program amal itu satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kelab berkenaan, selain berupaya memupuk semangat prihatin dalam kalangan ahlinya.

“Penyertaan KPBS dalam program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Sugai ini bermatlama­t menyemai semangat sukarelawa­n dalam kalangan ahli kelab.

“Pada masa yang sama, ia mampu mengeratka­n lagi hubungan dalam kalangan ahli kelab dan juga komuniti setempat,” katanya.

Katanya, semua bahan digunakan mereka untuk membaiki almari itu disumbangk­an Golden Green Plantation dan Konsortium Bumi Consultant & Services.

Sejak ditubuhkan pada 2014 katanya, KPBS menganjurk­an pelbagai program kemasyarak­atan dan individu kurang bernasib baik menjadi sebahagian keutamaan mereka.

“Kita juga kerap membantu aktiviti kempen anjuran jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana memberi manfaat kepada semua pihak.

“Malah, kami juga bekerjasam­a dengan kelab motosikal lain bagi menjayakan program yang berkaitan,” katanya.

 ??  ?? GURU Besar SK Sungai Sugai, Jampong Dasi (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lanie pada program kemasyarak­atan di Sarikei.
GURU Besar SK Sungai Sugai, Jampong Dasi (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lanie pada program kemasyarak­atan di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia