Harian Metro

UNIMAS lakar sejarah tersendiri

-

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah apabila buat pertama kali diletakkan pada ranking ke 1,001 daripada 1,500 universiti yang tersenarai dalam Time Hire Education (THE).

Naib Cancelor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pencapaian membanggak­an itu juga meletakkan institusi berkenaan sebagai satu-satunya universiti di Borneo yang tersenarai dalam THE.

“Ini secara tidak langsung menjadikan UNIMAS sebagai universiti nombor satu di Kepulauan Borneo dan yang ke-10 daripada 50 universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THE,” katanya pada sidang media Istiadat Konvokesye­n UNIMAS 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Cancelor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Menurut Mohamad Kadim, pencapaian terbaru dalam sejarah UNIMAS itu dicapai menerusi inisiatif dan peranan yang

dimainkan universiti awam itu di peringkat global sama ada dalam penyelidik­an, kerjasama dan sebagainya.

“Kami berbangga dengan pencapaian ini yang mengangkat nama UNIMAS sebagai sebuah universiti awam terulung di Malaysia,” katanya.

THE yang berpangkal­an di London adalah ranking universiti dunia yang berprestij dengan hanya menyenarai­kan 1,500 daripada keseluruha­n 60,000 universiti di seluruh dunia.

Mohamad Kadim berkata, UNIMAS turut menerima satu lagi berita baik apabila ditempatka­n pada kedudukan ke-236 sebagai universiti terbaik di Asia oleh QS Universiti Ranking: Asia yang berpangkal­an di Singapura.

 ??  ?? DR Mohamad Kadim (tengah), Mohd Fadzil (kiri) pada sidang media, semalam.
DR Mohamad Kadim (tengah), Mohd Fadzil (kiri) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia