Harian Metro

Tagih tuah Stadium Shah Alam

-

Shah Alam: Perasaan pengendali Perak, Mehmet Durakovic bercampur baur apabila menjejakka­n kaki ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.

Meninggalk­an stadium keramat itu pada pentas final Piala Malaysia 2015 sebagai juara bersama Selangor, pengendali kelahiran Australia itu sekali lagi ke gelanggang berkenaan, cuma kali ini beliau membawa pasukan Perak yang selama ini menjadi seteru tradisi Selangor.

Berdasarka­n empat kejuaraan Piala Malaysia diraih bersama skuad The Red Giants sebagai pemain dan jurulatih, pengendali berusia 53 tahun itu sudah tentu mengharapk­an tuahnya terus ‘melekat’ pada pentas akhir bertemu Terengganu.

“Pencapaian saya bersama Selangor sememangny­a satu perkara yang amat saya banggakan. Saya menikmati setiap saat ketika saya berada di stadium ini sebagai pemain dan juga jurulatih satu ketika dulu.

“Tetapi sekarang, saya berada bersama Perak, jadi saya harapkan kejayaan ini dapat diulangi pada malam esok (ini).

“Saya akan menikmati perlawanan akhir ini dan barisan pemain akan memperagak­an permainan yang menarik. Pasukan saya juga memiliki kekuatanny­a yang tersendiri,” katanya.

Skuad The Bos Gaurus mahu menambah gelaran kelapan, sekali gus menamatkan kemarau 18 tahun selepas kali terakhir memenangi trofi itu pada tahun 2000.

Mengulas lanjut menjelang aksi final itu, Durakovic mengakui kekuatan kedua-dua agak setara, namun berdasarka­n pengalaman Terengganu dilihat memiliki kelebihan.

“Saya akui pasukan saya dibarisi pemain muda dan hanya ada beberapa pemain saya yang pernah beraksi di pentas akhir. Sebahagian besar pemain, ini penampilan pertama mereka.

“Jadi, saya melihat perlawanan akhir ini akan memberi pengalaman baharu khususnya kepada pemain muda. Hanya tinggal satu lagi perlawanan, jadi semoga pasukan yang terbaik menang,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai statusnya yang dilabel sebagai ‘Pakar Piala Malaysia’, Durakovic bagaimanap­un menegaskan segala-galanya terpulang kepada pemain di atas padang.

“Sesuatu yang bagus apabila mendapat pengiktira­fan sebegitu, namun semuanya bergantung kepada pemain kerana merekalah yang akan menjayakan perancanga­n yang sudah disusun.

“Apapun, saya berbangga dengan kesungguha­n pemain dan berdasarka­n apa yang diraih musim ini, tiada apa lagi yang boleh saya minta daripada barisan pemain saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia