Harian Metro

RAHMAD MEGA DITIPU RM3 JUTA

Rahmad Mega kesal dituduh gelapkan jutaan ringgit wang pelaburan mata wang digital

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Nama saya busuk apabila dituduh sebagai dalang yang menggelapk­an jutaan ringgit wang pelaburan pembelian mata wang digital milik ramai mangsa. Padahal saya sendiri turut kerugian ratusan ribu ringgit,” ujar penyanyi, Rahmad Mega atau nama sebenarnya Rahmad Tohak, 48.

Dia yang ditemui wartawan, semalam memberitah­u diperdaya seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang mendakwa pakar pelaburan dan pernah menjadi broker saham di Amerika Syarikat.

“Saya tidak sangka mudahnya ditipu individu terbabit yang menawarkan pembelian mata wang digital selain menjanjika­n keuntungan kepada pelabur bermula November tahun lalu.

“Semuanya bermula apabila saya diperkenal­kan seorang sahabat kepada individu itu yang memperkena­lkan diri sebagai pengasas dan pemilik mata wang digital,” katanya.

Rahmad berkata, lelaki itu kemudian menawarkan­nya menjadi ejen mata wang digital dengan syarat membuat bayaran sejumlah wang bagi membeli wang digital Bitcoin.

Menurutnya, setiap individu yang berminat perlu membuat pelaburan minimum dolar Amerika Syarikat $100 (RM420) selain mencari downline bagi meningkatk­an keuntungan.

“Lelaki itu bijak meyakinkan saya dengan menunjukka­n pelan pelaburan diperkenal­kan selain potensi harga mata wang digital yang boleh meningkat, sekali gus memberikan pulangan besar kepada pelabur.

“Saya bersama downline lain menyertai pelaburan itu dengan jumlah keseluruha­n wang diserahkan kepada lelaki terbabit melebihi RM1 juta. .

Menurutnya, wang pelaburan itu didakwa lelaki itu digunakan untuk membeli mata wang digital bitcoin bertujuan memulakan pelaburan mata wang digital baru diberi nama Evvo-coin.

“Pada mulanya kami tidak berasa sangsi berikutan yakin dengan pelan pelaburan suspek. Malah, setiap pelabur mempunyai ekses laman web peribadi masing-masing untuk melihat perkembang­an wang dilaburkan itu.

“Bagaimanap­un pelabur mula curiga apabila janji untuk membayar bonus pelaburan pada Mei lalu bermasalah. Hanya RM100,000 diserahkan kepada semua pelabur.

“Saya kemudian minta dia tampil memberi penjelasan dan bayar semula wang milik pelabur berikutan ia membabitka­n jumlah yang besar. Namun dia buat perangai dan beri pelbagai alasan tidak munasabah dan gagal dihubungi,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanap­un berusaha mencari jalan penyelesai­an dan cuba membantu memulangka­n hak mangsa lain.

“Malangnya saya seolah-olah dijadikan kambing hitam atas isu ini. Rosak nama baik saya berpunca dari aktiviti pelaburan ini.

“Satu Malaysia melihat saya seolah-olah penganjur utama sedangkan saya juga mangsa pelaburan. Akibatnya reputasi saya terjejas kerana dituduh menipu dan menganjurk­an skim cepat kaya,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai bukti pemindahan wang melalui bank dan cek kepada lelaki terbabit dan semua bukti itu diserahkan kepada pihak polis.

“Satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini pada 10 Oktober lalu bagi membersihk­an nama saya.

“Saya juga berharap mangsa lain yang diperdaya turut tampil membuat laporan polis. Apa yang pasti, lelaki itu menggunaka­n nama saya sebagai artis untuk meyakinkan dan menarik pelabur lain,” katanya.

Beliau berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci berikutan lebih 5,000 lagi mangsa ditipu dengan kerugian melebihi RM12 juta.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAHMAD menunjukka­n laporan polis yang dibuat bagi membersihk­an namanya.
RAHMAD menunjukka­n laporan polis yang dibuat bagi membersihk­an namanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia