Harian Metro

RANGKA 2 TAHUN DI PANGSAPURI TINGGAL

„ Tulang manusia ditemui di kuarters kosong bersama MyKad

- Badrul Kamal Zakaria cnews@nstp.com.my

Misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua tahun lalu terjawab susulan penemuan rangka manusia ditemui di kuarters kerajaan tidak berpenghun­i di Jalan Pesta, Bakri di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan rangka manusia itu.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Pasukan Forensik dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kemudian ke lokasi berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang perlakuan berunsurka­n jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Polis juga menemui kad pengenalan berhampira­n rangka manusia itu. Waris kepada individu berkaitan turut tampil dan mengesahka­n kad berkenaan itu adalah milik ahli keluargany­a yang hilang sejak dua tahun lalu,” katanya.

Zaharudin berkata, polis akan melakukan prosedur bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan pengesahan identiti mangsa.

“Kes diklasifik­asi sebagai mati mengejut (SDR). Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarka­n apa jua bentuk maklumat berhubung penemuan rangka manusia terbabit bagi mengelak sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan.

“Tindakan tidak bertanggun­gjawab itu hanya boleh membangkit­kan keresahan dan salah erti dalam kalangan masyarakat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RANGKA manusia yang ditemui di kuarters kerajaan tidak berpenghun­i.
RANGKA manusia yang ditemui di kuarters kerajaan tidak berpenghun­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia