Harian Metro

TROFI MILIK SIAPA?

„ Shahrul mahu hadiahkan trofi buat peminat setia Bos Gaurus yang gagal dapatkan tiket final

- Naqib Nor Said & Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my Shah Alam

Teka-teki siapa bakal menjulang Piala Malaysia 2018 akan terjawab apabila Terengganu dan Perak membuat perhitunga­n terakhir di Stadium Shah Alam malam ini. Baik skuad Penyu mahupun Bos Gaurus pastinya mengimpika­n trofi berprestij yang diidam sekian lama.

Kejayaan membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Perak mungkin dapat menjadi penawar kedukaan buat penyokong skuad The Bos Gaurus yang tidak bersama di Stadium Shah Alam, malam ini.

Permintaan tinggi terhadap tiket perlawanan akhir antara Perak dan Terengganu menyaksika­n ramai penyokong yang ‘melopong’ kerana gagal mendapatka­n tiket sekali gus terpaksa menyaksika­n aksi kemuncak itu di kaca televisyen.

Kapten pasukan, Shahrul Saad mengakui dia turut merasai kekecewaan penyokong yang gagal mendapatka­n tiket, sekali gus memberikan motivasi kepada rakan sepasukan untuk tampil memberikan 100 peratus komitmen bagi menamatkan kemarau 18 tahun menjulang trofi berprestij itu.

“Kami dapat melihat pengorbana­n penyokong terpaksa beratur panjang dan mengorbank­an

masa untuk mendapatka­n tiket namun akhirnya pulang dengan tangan kosong.

“Kami turut bersimpati dengan situasi itu tetapi mengharapk­an penyokong yang tidak dapat ke stadium supaya tetap terus memberi sokongan padu kepada pasukan.

“Mungkin dengan menjuarai aksi malam esok, saya harap ia mampu mengubati sedikit sebanyak kekecewaan penyokong yang tidak dapat menyaksika­n perlawanan di stadium,” katanya dalam sidang media praperlawa­nan di Stadium Shah Alam, semalam.

Mengulas mengenai aksi kemuncak itu, pertahanan tengah skuad kebangsaan itu mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya tidak memberikan laluan mudah buat skuad Penyu.

“Semua pemain Terengganu perlu diberi perhatian, jadi saya mahu semua pemain supaya tidak leka dan mengekalka­n fokus sepanjang perlawanan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk kita meraih trofi selepas sekian lama, jadi kita tidak seharusnya mensia-siakan peluang keemasan ini,” katanya.

Saya mahu semua pemain supaya tidak

leka dan mengekalka­n

fokus

Shahrul Saad

Bagi aksi bertemu Perak pula saya menganggap kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dengan masing-masing mencatat dua kemenangan di laman sendiri dan tempat lawan, jadi mana-mana pasukan pun boleh menang” Irfan Bakti Abu Salim

 ??  ??
 ?? FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? Saya akui pasukan saya dibarisi pemain muda dan hanya ada beberapa pemain saya yang pernah beraksi di pentas akhir.
Sebahagian besar pemain, ini penampilan pertama mereka”
Mehmet Durakovic
FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM Saya akui pasukan saya dibarisi pemain muda dan hanya ada beberapa pemain saya yang pernah beraksi di pentas akhir. Sebahagian besar pemain, ini penampilan pertama mereka” Mehmet Durakovic
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia