Harian Metro

Ekori saban hari cuba gagalkan operasi

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Beberapa van khas ditempatka­n di laluan tikus sebuah premis hiburan bagi memudahkan pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri ketika serbuan

Lumpur: Sanggup mengekori kenderaan anggota penguatkua­sa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) saban hari bagi memastikan operasi menahan pelacur dan warga asing dirancang dapat dihalang.

Itu antara aktiviti baharu kumpulan tonto yang dikesan bertindak berani selain cuba menggagalk­an usaha pihak JIM membersihk­an kegiatan tidak bermoral di ibu kota.

Terbaru awal pagi semalam, enam individu dipercayai tonto upahan mengekori anggota penguat kuasa JIM dengan menaiki empat kenderaan sejauh kira-kira 30 kilometer.

Tindakan dilakukan selepas dilakukan pihak berkuasa.

Difahamkan, penjaga premis akan meminta semua wanita warga asing itu melarikan diri ke arah pintu belakang premis sebelum menaiki van disediakan itu.

Bagaimanap­un taktik yang digunakan mereka itu gagal apabila seramai 73 wanita dipercayai GRO ditahan Jabatan JIM menyerbu sebuah premis hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kumpulan tonto itu mengekori kenderaan dinaiki penguat kuasa sehingga ke Putrajaya.

“Bagaimanap­un, JIM berjaya menahan dua kereta dinaiki enam individu yang mengekori kenderaan dinaiki anggota penguat kuasa.

“Dua lagi kenderaan berjaya melarikan diri selepas cuba melanggar kenderaan dinaiki penguat kuasa JIM,” katanya.

Mustafar berkata, semua individu yang ditahan itu kini dirakam percakapan awal. Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dalam serbuan di premis hiburan di Taman Shamelin Perkasa di sini, malam kelmarin.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa.

“Operasi bermula pada jam 12.30 tengah malam dan pihak kami memeriksa seramai 110 individu termasuk pekerja premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n, JIM menahan 73 wanita dari pelbagai negara dan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di premis terbabit,” katanya.

Mustafar berkata, selain itu empat penjaga premis warga tempatan juga ditahan bagi membantu siasatan.

“Ketika serbuan dijalankan semua pekerja asing dan GRO itu bertempiar­an lari serta cuba meloloskan diri.

“Namun tindakan pantas anggota penguatkua­sa imigresen berjaya menghalang mereka,” katanya.

Menurutnya, daripada jumlah yang ditahan itu, 68 wanita adalah warga Thailand dan lima lagi warga Laos.

“Semua individu yang ditahan itu dibawa ke JIM Putrajaya untuk proses dokumentas­i,” katanya.

„ Taktik premis hiburan mudahkan GRO larikan diri

 ??  ?? SERAMAI 73 wanita GRO warga asing ditahan imigresen
dalam serbuan di Taman Shamelin Perkasa, semalam.
SERAMAI 73 wanita GRO warga asing ditahan imigresen dalam serbuan di Taman Shamelin Perkasa, semalam.
 ??  ?? KENDERAAN dipercayai tonto mengekori anggota imigresen kira-kira 30 kilometer selepas premis hiburan diserbu.
KENDERAAN dipercayai tonto mengekori anggota imigresen kira-kira 30 kilometer selepas premis hiburan diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia