Harian Metro

SHEILA TAMBAT SELERA KELUARGA DENGAN HIDANGAN TRADISI

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Pelakon tak lokek kongsi pelbagai resipi di laman Instagram khas buat peminat

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, produser dan pelakon Sheila Rusly akui sering ke dapur memasak untuk keluarga.

Tambah pula suaminya, pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan dua anak lelakinya, lebih berselera menikmati masakannya terutama hidangan tradisiona­l berbanding makan di luar.

Kata Sheila, dia memang suka memasak dan mencuba resipi baru. Malah tidak lokek untuk berkongsi pelbagai resipi menyelerak­an di laman Instagramn­ya khas buat peminat yang mahu mencuba sendiri masakan itu di rumah.

Beliau yang berketurun­an Minang amat menyukai makanan tradisiona­l dan usahanya untuk mengekalka­n hidangan itu dalam keluarga terutama anak-anak adalah dengan memperkena­lkan pelbagai sajian lazat turun-temurun kepada mereka supaya mereka tidak lupa asal-usul keluarga.

Baginya, perkara itu adalah tanggungja­wabnya sebagai ibu.

“Makanan tradisiona­l perlu dikekalkan dan saya mempunyai cara tersendiri untuk memperkena­lkannya kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka tahu masyarakat kita kaya dengan pelbagai jenis sayur kampung misalnya petai dan jering.

“Alhamdulil­lah, anak bujang saya tahu dan suka memakannya malah mereka mahu calon isteri yang pandai memasak hidangan tradisiona­l berasaskan petai serta jering seperti hidangan jering cambah.

“Ini kerana mereka sudah biasa dengan hidangan itu yang selalu dimasak oleh saya. Hal itu secara tidak langsung menjadi sebati dalam diri kerana mereka dididik sejak kecil supaya menyukai dan mencintai lauk-pauk tradisiona­l,” katanya.

Sementara itu, kata

Sheila, Jinggo suka makan asam pedas dan sejak dulu menu yang popular menggunaka­n ikan kadang-kadang mencuba kelainan menggantik­an ikan dengan daging atau tulang lembu.

“Setiap negeri di Malaysia mempunyai cara masakan asam pedas yang mencermink­an identiti serta keunikan tersendiri.

“Sebelum ini, suami tak pernah makan asam pedas daging. Alhamdulil­lah selepas mencuba, dia sukakannya kerana rasa yang sedap dan berbeza berbanding ikan.

“Saya rasa disebabkan itu dia jatuh hati semula dengan saya,” katanya berseloroh.

Berkongsi cara memasak asam pedas daging untuk menambat hati sekeluarga, Sheila berkata, cili yang dimasak perlu ditumis dengan sempurna sehingga pecah minyak.

“Ketika menumis, jangan lupa untuk masukkan MAGGI Cukup Rasa supaya ia sebati dengan bahan tumisan yang pasti menghebatk­an lagi keenakan juadah.

“Tidak lupa letakkan juga sedikit serbuk lada hitam dan kemudian biarkan ia mendidih sehingga daging menjadi lembut,” katanya.

MAGGI Cukup Rasa yang diperbuat dari bawang segar dan rempah ratus adalah penambah perasa semua dalam satu yang boleh digunakan untuk segala jenis masakan seperti perapan, tumisan, menggoreng, memanggang dan juga membuat sup.

Ia memudahkan ibu yang mempunyai pelbagai tugas menguruska­n keluarga selain dapat menyediaka­n makanan lazat dan berkhasiat untuk suami dan anak-anak.

Untuk lebih banyak resipi, layari www.maggi.com.my atau Facebook MAGGI Malaysia.

 ??  ?? SHEILA menggunaka­n MAGGI Cukup Rasa dalam setiap masakannya.
SHEILA menggunaka­n MAGGI Cukup Rasa dalam setiap masakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia