Harian Metro

KORBAN CINTA TERLARANG

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

Lelaki berkasih isteri orang mati dipukul

Padah bermain cinta dengan isteri orang, lelaki berusia 26 tahun maut dipukul sekumpulan lelaki di Senggarang di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa pada mulanya parah dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 5.15 petang keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai dilarikan dan dipukul sekumpulan lelaki selepas suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isterinya. “Berdasarka­n maklumat dan risikan, tangkapan pertama dilakukan ke atas dua wanita termasuk isteri suspek utama berusia 38 tahun dan rakannya berusia 36 tahun kelmarin. Kedua-dua wanita itu direman sehingga Rabu ini.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan tujuh lelaki yang melarikan mangsa dari pusat hiburan di Batu Pahat dan memukul mangsa di Senggarang,” katanya di sini, semalam.

Azhan berkata, polis turut menahan seorang lagi wanita bagi membantu siasatan.

Katanya, lapan suspek berusia 24 hingga 38 tahun itu ditahan di Tangkak dan sekitar daerah ini, kelmarin.

“Lapan tangkapan terbaru termasuk suspek utama berusia 34 tahun yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Penahanan 10 suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? AZHAN
AZHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia