Harian Metro

Polis buru Zul Buntal

-

Dungun: Polis memburu lelaki dikenali Zul Buntal yang disyaki menikam lans koperal polis menggunaka­n pisau rambo, Selasa lalu.

Zul Buntal atau nama sebenarnya Zulkifli Juhari, 37, dari FELDA Kerteh 3 di sini, mencederak­an mangsa hingga menerima tiga jahitan di kaki kanan dalam kejadian di sebuah kedai jahit di Kerteh 3, Ketengah Jaya di sini.

Dia dikehendak­i untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata berbahaya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang ketika mangsa berusia 20-an yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bersama dua rakan melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Kerteh 2 dan 3, Ketengah Jaya.

Beliau berkata, anggota menerima maklumat mengenai kehadiran suspek yang terbabit dalam kes kecurian motosikal di Dungun di hadapan kedai jahit di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba, anggota memperkena­lkan diri sebelum membuat pemeriksaa­n terhadap suspek namun dia tiba-tiba mengeluark­an pisau rambo dan cuba menikam perut mangsa, tetapi sempat ditepis.

“Berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek menikam kaki kanan mangsa dan menyerang seorang lagi anggota.

“Bagaimanap­un, anggota terbabit menepis serangan itu dan suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal Honda EX5 hitam tanpa nombor pendaftara­n,” katanya di sini, semalam.

Baharudin berkata, kejadian itu menyebabka­n mangsa luka pada siku kanan dan calar di belakang badan serta menerima tiga jahitan pada kaki kanan.

 ??  ?? ZULKIFLI
ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia