Harian Metro

Dahaga kasih sayang faktor utama

-

Kuala Lumpur: Dahagakan perhatian dan kasih sayang antara faktor yang membuatkan remaja perempuan bercinta dengan golongan lelaki jauh berusia.

Pegawai Psikologi Kanan Universiti

Putra Malaysia Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, modus operandi digunakan lelaki berusia yang berpengala­man dalam melayani wanita menyebabka­n ramai remaja cair dan terperangk­ap dalam cinta golongan itu.

“Mengikut teori Maslow, setiap individu perlukan penghargaa­n, kasih sayang dan keselamata­n.

“Jadi jika keperluan asas ini dapat dipenuhi oleh seseorang, tidak mustahil remaja yang perlukan perhatian itu mudah terjebak.

“Kononnya dia rasa dihargai kerana ada tempat berkongsi masalah, dapat perhatian dan jika pasangan itu ada duit itu akan buat mereka lebih rasa seronok, ” katanya.

Menurutnya, perkara itu adalah lumrah berikutan peringkat usia remaja antara 15 hingga 19 tahun masih mencari identiti diri.

“Peringkat ini mereka masih terawang-awang untuk pembentuka­n identiti diri yang banyak aspek antaranya sikap, keperibadi­an, imej dan sebagainya.

“Apabila ada orang luar memberikan kasih sayang dan perhatian lebih kepadanya, sudah tentu remaja terbabit mudah jatuh hati tanpa mengetahui niat sebenar orang itu.

“Jika mereka bertemu dengan kelompok yang mungkin hanya mahu ambil kesempatan, remaja itu tersasar dan mudah diperdaya dan di sini peranan ibu bapa amat penting,” katanya.

Katanya, sepanjang tahun ini, dia menerima 10 kes seumpama itu yang dirujuk orang awam sekitar Selangor dan Negeri Sembilan yang perlukan bantuan kaunseling.

“Selain kemahiran kaunseling, seseorang kaunselor itu perlu mengamalka­n kaedah psikoterap­i seperti terapi muzik, lukisan dan permainan untuk membantu klien meluahkan apa yang mereka alami tanpa perlu membuat mereka membuka mulut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia