Harian Metro

Tipu ibu bapa setiap kali keluar ‘dating’

-

Kuala Lumpur: Dia sanggup menggadaik­an maruah dan rela hidup bermadu selepas termakan dengan janji manis seorang lelaki sebaya bapanya.

Biarpun orang tuanya melarang hubungan itu diteruskan, Aini, 17, enggan melepaskan cinta hatinya terhadap lelaki yang berusia 55 tahun itu.

Aini berkata, dia mengenali kontraktor terbabit yang menetap di Lembah Klang melalui Instagram (IG) sebelum mereka bertemu buat kali pertama pada awal tahun lalu.

“Pada mulanya kami saling berhubung menerusi DM (mesej langsung) sebelum bersetuju untuk bertemu di ibu kota.

“Selepas pertemuan pertama itu, kami kerap keluar pada hujung minggu sebelum saya akhirnya jatuh hati padanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, setiap kali keluar, dia akan menipu ibu bapanya yang menyangka dia bertemu rakan sebaya.

“Kami bukan setakat keluar bersama malah lebih berani lagi sudah sampai ke hubungan kelamin biarpun mengetahui dia sudah beristeri dan ada anak sebaya saya.

“Saya tidak tahu kenapa boleh bercinta dengan lelaki lebih berusia, mungkin cara dia melayani dan mengambil hati membuatkan saya cepat cair,” katanya.

Aini berkata, lelaki terbabit ingin bertanggun­gjawab dengan mengambiln­ya sebagai isteri kedua namun hasrat itu dihalang ibu bapanya.

“Saya memberitah­u hasrat kami untuk bernikah kerana sudah terlanjur dan mahu tebus semula kesilapan kami.

“Namun ibu bapa saya menghalang niat kami itu kerana status lelaki berkenaan yang masih suami orang,” katanya.

Aini yang masih menuntut di sebuah kolej di ibu negara berkata, dia mengalami tekanan akibat hasratnya dihalang ibu bapa.

“Saya kini menjalani proses rawatan kaunseling untuk memulihkan diri dan menerima kenyataan ini.

“Jujur buat masa ini, saya sukar melupakan lelaki itu kerana terlalu sayangkann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia