Harian Metro

MUHYIDDIN PULIH 60%

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

Pankreas diserang kanser sudah dibuang empat puluh peratus

“Alhamdulil­lah, kesihatan saya sudah 60 peratus pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi,” kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau sudah menjalani empat sesi kemoterapi dan masih ada baki empat sesi yang perlu dilakukan.

Katanya, beliau mendedahka­n keadaan terkini kesihatann­ya untuk berkongsi kepada masyarakat dan memaklumka­n sudah bersedia sepenuhnya untuk terus bekerja serta berbakti kepada negara.

Menurutnya, beliau sebenarnya sudah lama tidak berucap namun semalam ingin memberitah­u rakyat Pagoh keadaan kesihatan terkini.

“Saya disahkan doktor mengalami kanser pankreas tahap pertama atau peringkat awal dan dinasihatk­an membuang ketumbuhan kanser yang ada.

“Pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu (bile duct) turut dipotong. Saya perlu menjalani lapan sesi kemoterapi yang mana empat sudah selesai, empat lagi akan dilakukan dalam tempoh empat bulan ini.

“Alhamdulil­lah selepas menjalani empat kali sesi kemoterapi dah boleh balik kawasan hari ini (semalam).

“Sudah boleh pergi Mesyuarat Jemaah Menteri semalam (kelmarin), mesyuarat parti selain mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan pendatang asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri serta Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Serba Guna Pagoh di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman serta Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal.

Lebih 600 menghadiri majlis ramah mesra yang juga kali pertama Muhyiddin pulang ke kawasan parlimenny­a selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, kesihatann­ya semakin pulih terutama selepas mula bekerja.

 ??  ?? M U HYI DDI N
M U HYI DDI N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia