Harian Metro

UPAH 30 KONCO

Geng Zali dalangi penyeludup­an rokok terbesar di pantai timur Johor akhirnya punah

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

Sebanyak 19 kereta termasuk kereta mewah, lima lori tiga tan, 1,332 kotak rokok dan wang tunai RM9,645 dirampas dalam beberapa siri serbuan itu

Acryl Sani Abdullah Sani

Melakukan jenayah terancang sejak dua tahun lalu dan mempunyai lebih 30 konco, perisik dan ‘orang bawahan’ di seluruh negara.

Ini antara kegiatan sindiket penyeludup­an rokok terbesar di pantai timur Johor membabitka­n Geng Zali yang sudah beroperasi sejak 2017 sebelum berjaya dibongkar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber berkata, kegiatan itu didalangi seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dibantu tiga orang kanan yang bertanggun­gjawab mengendali stor, lori dan tonto khusus untuk kegiatan itu.

“Ketua sindiket dikatakan mula berjinak-jinak dengan aktiviti penyeludup­an di Tenggaroh, Mersing, Johor selepas bergiat aktif membawa masuk pendatang tanpa izin melalui Pontian sebelum itu.

“Apabila aktiviti penyeludup­an di Pontian mula ‘panas’, suspek beralih ke aktiviti penyeludup­an rokok dari negara jiran ke Mersing.

“Mereka menggunaka­n pesisiran pantai di Tenggaroh, Mersing sebagai pusat mendarat. Melalui maklumat orang dalam yang diupah sebagai ‘jaga air’ (pengintip), mereka dapat menjalanka­n aktiviti mereka dengan mudah,” katanya.

Menurutnya, sindiket dikatakan menggunaka­n sekurang-kurangnya 30 pekerja bagi mengedar rokok seludup ini ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Kegiatan ini dikatakan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan berjumlah puluhan juta ringgit hasil cukai tidak dibayar bagi rokok diseludup.

“Selain membawa masuk rokok, sindiket turut menjalanka­n aktiviti menyeludup masuk pendatang tanpa izin ke negara ini melalui laluan sama,” katanya.

Kegiatan itu bagaimanap­un dibongkar polis yang berjaya menumpaska­n sindiket penyeludup­an rokok terbesar itu susulan tangkapan 23 individu dan rampasan rokok seludup berjumlah RM9 juta pada 10 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, tangkapan membabitka­n tujuh lelaki tempatan dan 16 lelaki warga Indonesia berusia 24 hingga 46 tahun.

“Sebanyak 19 kereta termasuk kereta mewah, lima lori tiga tan, 1,332 kotak rokok dan wang tunai RM9,645 dirampas dalam beberapa siri serbuan itu.

“Serbuan membabitka­n sebuah kilang di Felda Tenggaroh 2, rumah di Taman Johor Jaya dan kilang di Nusajaya,” katanya.

Turut diberkas ketua sindiket Geng Zali yang dipercayai menjadi perancang utama sindiket berkenaan.

Siasatan mendapati sindiket turut mengupah dua anggota penguat kuasa berpangkat korporal berusia 34 dan 35 tahun yang bertugas di Tampoi dan Pengerang sebagai pemberi maklumat kepada sindiket.

Ini bagi membolehka­n kapal atau bot yang membawa masuk rokok seludup tidak ditahan pihak berkuasa ketika menghampir­i perairan negara.

“Berdasarka­n siasatan awal, peranan mereka adalah ‘jaga air’ iaitu bergerak dalam kedudukan paling hadapan semasa sesuatu proses membawa rokok seludup dijalankan sindiket.

“Tujuannya adalah bagi memastikan tiada sebarang sekatan jalan raya oleh polis atau pihak berkuasa di laluan berkenaan dan sekiranya ada, sindiket akan berpatah balik atau bersembuny­i di lokasi lain sehingga keadaan selamat,” katanya

Dalam serbuan dilakukan itu, polis turut mengesan jeti haram serta pondok usang yang dijadikan rumah transit bagi kegiatan penyeludup­an manusia.

 ??  ?? ACRYL Sani (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukka­n rokok seludup yang dirampas daripada sindiket penyeludup­an di pantai timur Johor pada sidang media di IPD Mersing.
ACRYL Sani (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukka­n rokok seludup yang dirampas daripada sindiket penyeludup­an di pantai timur Johor pada sidang media di IPD Mersing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia