Harian Metro

Tok Pa sokong Tun M pulih integriti kerajaan

-

Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed berkata, keputusann­ya memilih menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) lantaran yakin ia memberi peluang kepada dirinya memainkan peranan berkesan membela kepentinga­n pengundi di Jeli dan rakyat Kelantan keseluruha­nnya.

Katanya, beliau menyokong usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam kerajaan dan parti politik.

“Saya menyokong langkah diambil untuk mengukuhka­n kedudukan kewangan negara yang disifatkan sebagai penting bagi meletakkan asas kukuh dalam memastikan ekonomi negara dibangunka­n secara lestari.

“Insya-Allah, saya berharap dapat turut membantu usaha BERSATU selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanak­an agenda pemerkasaa­n Bumiputera di samping menjayakan pelan pembanguna­n ekonomi yang lebih inklusif untuk manfaat rakyat dan reformasi institusi untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia,” katanya di sini, kelmarin.

Mustapa mengumumka­n keluar UMNO pada 18 September lalu.

Katanya, beliau mengambil keputusan menyertai BERSATU selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas dan meneliti perkembang­an politik semasa.

Mustapha merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi BERSATU Dr Mahathir, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepemimpin­an parti kerana menerima penyertaan beliau.

Beliau sebelum ini mengumumka­n keluar UMNO dalam satu kenyataan bertarikh 18 September berkuatkua­sa serta-merta selepas lebih 40 tahun berkhidmat dalam parti itu.

Mustapa turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mengulas penyertaan Mustapa, Dr Mahathir berkata, penyertaan­nya dibuat secara sukarela dan bukan atas jemputan parti.

“Saya sukacita kerana kita terima keahlian dari bekas tokoh UMNO. Kita beri masa kepadanya untuk jadi anggota Parlimen bebas dan setelah kita lihat pendiriann­ya maka kita setuju beliau layak jadi anggota BERSATU,” katanya.

Saya menyokong langkah diambil untuk mengukuhka­n kedudukan kewangan negara ”

Mustapa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia