Harian Metro

BAYI TAK BOLEH BERCAKAP

-

Cabaran Dr Zulkifli sebagai pakar pediatrik untuk mengetahui masalah kesihatan dialami kanak-kanak

anak kecil menuju ke arah lelaki berusia 62 tahun yang asyik mencari barang keperluan peribadi di pasar raya sambil diiringi tawa dan jeritan, “Dr Zul!”, sebelum memeluknya antara pengalaman bermakna buat Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Tiada apa yang lebih berharga buat pakar perunding kanak-kanak ini apabila menyaksika­n si kecil yang dulunya terbaring di katil hospital, kini kembali sembuh dan menjalani kehidupan normal penuh ceria.

Berurusan dan berkhidmat bersama golongan cilik lebih 35 tahun sebagai doktor kanak-kanak, bukanlah satu tanggungja­wab yang mudah apatah lagi anak kecil ini sifatnya bertentang­an dengan pesakit dewasa.

Pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pediatrik dan Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini Pusat Perubatan UKM) sebelum bersara daripada kerajaan pada 2005, figura ini mengakui berdepan pesakit kanak-kanak memerlukan dirinya mengambil pendekatan lebih santai dan mesra.

Ini terbukti apabila bilik rundingann­ya dipenuhi dengan pelbagai jenis, saiz dan warna anak patung yang berbeza yang dipercayai dijadikan medium ‘perantara’ ketika rawatan dilakukan.

Dr Zulkifli berkata, cabaran sebagai pakar pediatrik terletak pada pesakit kanak-kanak yang tidak mampu menyuaraka­n kesakitan mereka.

“Bayi dan kanak-kanak kecil tidak boleh bercakap, jadi kita memerlukan pengalaman untuk mengetahui masalah kesihatan yang dialami pesakit.

“Selain itu, kita juga perlu mengesan gejala awal pada kanak-kanak dan pemantauan ketat yang berkala seperti setiap enam, lapan dan 12 jam kerana dibimbangi keadaan lebih tenat berlaku dalam tempoh yang singkat.

“Cabaran daripada ibu bapa juga antara perlu dihadapi, namun kebanyakan ibu bapa mempercaya­i keputusan pakar perubatan dalam memastikan keselamata­n anak mereka.

“Cuma kadang-kadang kita turut terkilan dengan segelintir ibu bapa yang ‘terlebih’ bijak dalam soal perubatan termasuk isu penolakan vaksinasi yang hangat diperbinca­ngkan sekarang,” cerita pakar jantung kanak-kanak ini ketika ditemui.

Justeru, menerusi Persatuan Pediatrik Malaysia, Program Pengasuhan Positif diperkenal­kan pada 2000 diketuai Dr Zulkifli sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan­nya.

Bagi menyebarka­n maklumat tepat berkaitan isu kesihatan kanak-kanak dan ilmu keibubapaa­n, Jawatankua­sa Pengurusan Pengasuhan Positif turut menjalinka­n kerjasama dengan banyak pihak.

Antaranya, Persatuan Nutrisi Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Psikiatri Malaysia, Persatuan

Tadika Malaysia dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

“Kebanyakan ibu bapa tidak memahami keperluan pemakanan dan pengambila­n nutrisi secukupnya buat anak yang menyumbang kepada tumbesaran positif.

“Dulu, ramai ibu

 ??  ??
 ??  ?? MENJADI jemputan bagi rancangan bual bicara di Paris.
MENJADI jemputan bagi rancangan bual bicara di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia