Harian Metro

Kenapa tak tayang Orang Itu?

-

Sukar menidakkan kehebatan aktres terkenal Datin Sofia Jane di pentas lakonan. Justeru, tidak hairanlah ramai yang menantikan kemunculan pelakon filem Perempuan, Isteri dan... ini di layar kaca dan perak.

Selepas filem Hanyut arahan U Wei Saari pada 2016, Sofia kembali dengan filem terbaru berjudul Orang Itu tahun ini. Filem arahan Low Ngai Yuen itu dihasilkan untuk mengumpul dana bagi tabung penyakit Hepatitis dianjurkan Persatuan Membasmika­n Hepatitis (HFM) dan WOMEN: gIrls.

Menurut teman Cik Pang, dia berpeluang menonton lakonan hebat Sofia pada malam gala kempen Jade Ribbon di GSC Pavillion Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu. Bagai dijangka Sofia yang juga teraju utama menampilka­n persembaha­n cemerlang dalam filem itu sekali gus mengubat rindu peminat. Filem Orang Itu turut dibintangi Carmen Soo, KK Wong, Sawyer Leong, Nam Ron, Redza Minhat dan ramai lagi.

Teman Cik Pang dimaklumka­n penerbit, Sofia tidak hadir pada malam gala filem itu kerana berada di Melbourne, Australia.

Namun, kata teman Cik Pang, ramai peminat Sofia terkilan kerana filem itu tidak ditayangka­n kepada umum.

Cik Pang percaya mungkin penerbit ada alasan tersendiri kenapa filem terbabit tidak ditayang.

Apapun, Cik Pang berharap semoga penerbit mempertimb­angkan semula untuk menayangka­n filem ini di pawagam tanah air nanti.

Pada pandangan Cik Pang memang rugi jika filem yang bagus seperti itu tidak ditayangka­n kepada orang ramai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia