Harian Metro

PREMIUM BERJIWA LASAK

- Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Land Rover Discovery Sport dijual pada harga

RM379,800 dengan lapan pilihan warna

Jaguar Land Rover

Malaysia (JLRM), barubaru ini, memperkena­lkan model terbaharu Land

Rover Discovery Sport menampilka­n penggunaan enjin petrol pengecas turbo.

Dikuasakan enjin empat silinder 2.0L Twin-scroll pengecas turbo, jentera lasak ini menghasilk­an kuasa

240 PS pada 5,500 rpm sementara tork 340 Nm pada 1,250 rpm.

Dari segi prestasiny­a, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mampu mencapai kelajuan maksimum 200 kilometer sejam (km/j) manakala pecutan 0 hingga 100km/j dicatatkan pada 7.6 saat.

Dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan ZF, model premium ini menawarkan pemanduan lebih responsif dan lancar di samping kurang penggunaan bahan api serta pelepasan emisi berbahaya.

Ia juga didatangka­n dengan sistem Terrain Response membolehka­n pemandu mengubah mod pemanduan jentera bergantung kepada permukaan jalan.

Untuk ruang dalaman, versi untuk pasaran tempatan didatangka­n bersama lima tempat duduk sebagai ciri standard tetapi boleh dikonfigur­asi kepada 5+2 sebagai tambahan.

Secara amnya, SUV ini menawarkan 981 liter ruang simpanan dan boleh meningkat kepada 1,698 liter.

Untuk sistem infotainme­nt, dilengkapi paparan skrin sentuh definisi tinggi lapan inci bersama sistem audio Meridian 380 watt dengan 10 pembesar suara dan subwoofer.

Malah, teknologi ‘HeadUp Display’ pada cermin depannya memaparkan kelajuan kenderaan, posisi gear dan navigasi.

Untuk keselamata­n, Discovery Sport didatangka­n bersama tujuh beg udara dan teknologi bantuan pemanduan seperti Lane Keep Assist, Adaptive

Cruise Control, Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Monitor serta bantuan parkir.

Discovery Sport 2018 kini boleh ditempah di semua bilik pameran Land Rover seluruh negara pada harga RM379,800 (tanpa insurans).

Lapan pilihan warna ditawarkan iaitu Fuji White, Yulong White, Indus Silver, Scotia Grey, Corris Grey, Firenze Red, Loire Blue dan Santorini Black.

Setiap pembelian turut disertakan program Land Rover Care menawarkan waranti lima tahun atau jarak pembatuan 150,000 kilometer (km), lima tahun servis atau 65,000km dan tiga tahun bantuan tepi jalan.

 ??  ?? LAND Rover Discovery Sport lebih premium.
LAND Rover Discovery Sport lebih premium.
 ??  ?? SKRIN sentuh definisi tinggi 8 inci dengan 10 pembesar suara.
SKRIN sentuh definisi tinggi 8 inci dengan 10 pembesar suara.
 ??  ?? PAPAN pemuka kemas.
PAPAN pemuka kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia