Harian Metro

PENGGANTI ‘SMART TAG’

-

Peranti E-TAG dan MaxTAG lebih tahan lasak dan boleh dipercayai

Untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan, Shell Malaysia menyediaka­n lokasi ke-100 bersama GoCar Malaysia sebagai perkhidmat­an aplikasi perkongsia­n kereta di negara ini.

Bermula di stesen Shell Jalan Tujuan SS18 di Subang Jaya, dalam tempoh setahun setengah kerjasama itu berkembang dengan pantas termasuk di Johor, Pulau Pinang dan Selangor, selain Kuala Lumpur sebagai antara lokasi GoCar terdapat di negara ini.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Shairan Huzani Hussain berkata, kelebihan kerjasama itu setiap kereta akan diisi bahan api Shell dan pelanggan boleh mengambil kereta dalam keadaan selamat serta strategik.

“Sebanyak 30 peratus pelanggan ke stesen kami bukan hanya untuk mengisi bahan api tetapi turut mendapatka­n perkhidmat­an dan barangan lain termasuk GoCar Malaysia memberi nilai tambah kepada Shell untuk tawaran servis yang terbaik di bawah satu bumbung,” katanya dalam majlis meraikan kerjasama dengan GoCar Malaysia baru-baru ini.

GoCar terdapat di 58 stesen Shell di Lembah Klang, 30 di Johor Bahru dan 12 di Pulau Pinang dengan jumlah tempahan yang dicatatkan melalui semua stesen itu sejak April 2017 sehingga Oktober 2018 ialah sebanyak 210,384 jam yang bersamaan dengan 8,766 hari dengan jarak perjalanan lebih 3,948,000 kilometer (km).

GoCar memiliki lebih 500 kenderaan daripada model sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap di lebih 230 lokasi lain di seluruh negara.

 ??  ?? HELMUTH bersama peranti infra merah E-TAG.
HELMUTH bersama peranti infra merah E-TAG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia