Harian Metro

HYUNDAI TUCSON DIPERTINGK­AT

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

HSDM tekad kekal momentum SUV pilihan tempatan

Pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan semakin rancak apabila Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal melancarka­n kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Tucson yang dipertingk­atkan, tidak lama lagi.

Model amat dikenali itu ditawarkan dengan dua varian berbeza iaitu 1.6L Turbo dan 2.0L Elegance.

Pengarah Urusan Sime Darby Motor (Malaysia, Thailand dan Taiwan) Dennis Ho berkata, model Tucson dinaik taraf lebih menarik berbanding model sebelumnya, sekali gus kekal sebagai SUV paling popular.

“Kami menjangkak­an maklum balas positif terhadap varian terbaharu ini yang memenuhi setiap aspek dikehendak­i pelanggan.

“Orang ramai yang berminat kini boleh melakukan tempahan melalui wakil jualan HSDM yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Varian 1.6L Turbo menawarkan kuasa 177PS dan tork maksimum 265Nm bermula daripada 1,500 hingga 4,500 rpm manakala varian 2.0L Elegance pula menghasilk­an kuasa 155PS serta daya kilas 192Nm pada 4,000 rpm.

Ciri luaran turut mengalami perubahan apabila menerima rekaan bampar baharu dan lampu hadapan LED.

Gril ‘cascading’ juga ditukar kepada rekaan lebih bersegi, lampu belakang diberi sentuhan semula dengan bentuk dan grafik berbeza yang dipadankan bersama rim bersaiz 17 inci.

Ruang dalaman pula menerima papan pemuka baharu dengan skrin infotainme­n bersaiz tujuh inci dan corong pendingin hawa lebih eksklusif.

Hyundai Tucson baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM123,888 (tanpa insurans) bersama jaminan lima tahun atau 300,000 kilometer (km) serta servis percuma selama tiga tahun atau 50,000km.

 ??  ?? HYUNDAI Tucson
berwajah baru.
HYUNDAI Tucson berwajah baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia