Harian Metro

KONVOI AMAL JVOg

- Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudy@nstp.com.my

Peninsular Camping Ride (PCR) yang sinonim dengan kembara ahli Kumpulan Pemilik Kawasaki Versys Johor (JVOG) edisi keempat berlangsun­g pada 7 hingga 10 September lalu, memberi kelainan berbanding edisi sebelumnya.

Seramai 25 ahli JVOG mengikuti kembara PCR 2018 terdiri daripada ahli lama dan baharu meredah laluan menguji daya tunggangan selama empat hari tiga malam.

Kembara kali ini masih mengekalka­n aktiviti berkhemah sebagai ciri utama, cuma laluan dan destinasi berubah mengikut kehendak peserta di samping memberikan pengalaman berharga kepada peserta.

PCR 2018 membabitka­n perjalanan sejauh lebih 1,800 kilometer bermula dari Johor Bahru ke Cameron Highlands sebelum ke Gua Musang, Tasik Kenyir, Pantai Tok Bali sebelum kembali semula ke Johor Bahru melalui jalan pesisir pantai timur Semenanjun­g.

Pengarah Projek PCR 2018 Ali Qushairy Abu Kassim, berkata setiap aktiviti dilakukan JVOG termasuk PCR tidak lengkap tanpa program tanggungja­wab sosial

(CSR) dan tahun ini, jawatankua­sa kembara memilih Madrasah Tahfiz Firdaus Al-Warisi di Tapah, Perak.

Katanya, CSR dijayakan dengan Pasaraya Econsave Kampar melalui Kempen Bakul Rezeki yang membolehka­n sumbangan berbentuk barangan makanan dan keperluan harian disalurkan kepada pusat tahfiz berkenaan.

“Econsave masih sebagai rakan utama JVOG dalam menjayakan program kemasyarak­atan sama ada di sekitar Johor atau seluruh negara.

“Melalui PCR, ahli

JVOG bukan saja dapat mengembara dengan menunggang motosikal tetapi turut menjalin uhkwah bersama masyarakat setempat,” katanya.

Kembara hari pertama tamat dengan peserta PCR bermalam di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands sebelum meneruskan perjalanan ke destansi seterusnya di Taman Rekreasi Sungai Lawit, Tasik Kenyir pada keesokan hari.

Hari kedua kembara

PCR 2018, diuji apabila tiga jentera mengalami masalah di Gua Musang, Kelantan, tetapi dengan pengalaman dan semangat setia kawan, kesulitan diselesaik­an dalam tempoh kurang dua jam, sekali gus tidak mengganggu jadual perjalanan dirancang.

Dari Gua Musang, konvoi bergerak ke Tasik Kenyir, Terengganu, melalui Felda Aring yang menghidang­kan suasana dan pemandanga­n memukau dan menakjubka­n.

Di tapak perkhemaha­n Taman Rekreasi Sungai Lawit, peserta merehatkan badan secukupnya untuk tunggangan hari ketiga ke Kampung Selising, Kelantan dan bertemu pemilik Kawasaki Versys dari seluruh negara untuk menjayakan program Kembara Muhibah 7.

Di sana, ahli JVOG menyertai lebih 250 rakan pemilik Kawasaki Versys seluruh Malaysia bagi menjayakan pelbagai aktiviti termasuk bermalam di lokasi peranginan terkenal di Pantai Tok Bali, Kelantan.

Kembara PCR 2018 tiba di penghujung­nya pada 10 September apabila peserta bergerak pulang ke Johor Bahru dengan menyusuri laluan persisir pantai timur melalui Terengganu, Pahang dan timur Johor.

“PCR 2018 berjaya mencapai objektifny­a dan kami yakin pengalaman diperoleh peserta akan menjadi kenangan berharga kerana bukan saja mengeratka­n hubungan sesama ahli, lebih penting kembara ini meningkatk­an kemahiran ketika menunggang,” kata Ali Qushairy.

 ??  ?? SUMBANGAN diterima pelajar Madrasah Tahfiz Firdaus Al-Warisi di Tapah, Perak.
SUMBANGAN diterima pelajar Madrasah Tahfiz Firdaus Al-Warisi di Tapah, Perak.
 ??  ?? AHLI JVOG berhenti berehat ketika PCR 2018.
AHLI JVOG berhenti berehat ketika PCR 2018.
 ??  ?? PESERTA PCR 2018 bersedia memulakan perjalanan.
PESERTA PCR 2018 bersedia memulakan perjalanan.
 ??  ?? AHLI JVOG bergambar bersama seorang pelajar tahfiz.
AHLI JVOG bergambar bersama seorang pelajar tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia