Harian Metro

Wad penJagaan Kaki

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my Pengalaman sendiri

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidapi diabetes mellitus Jenis II turut dikenali dengan penyakit kencing manis, semestinya arif dengan keperluan penjagaan rapi buat pesakit.

Penjagaan ketat bukan saja merujuk kepada pemakanan iaitu diet kurang gula, malah perkara paling utama ialah perlu memastikan pesakit tidak melakukan aktiviti yang berisiko mendatangk­an kecederaan.

Bagi pesakit kencing manis, luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielak. Meskipun kecederaan dialami sekecil luka melepuh ketika mengenakan sepatu, ia boleh menjadi komplikasi rumit termasukla­h kehilangan anggota bahagian berkenaan.

Dalam istilah perubatan menerangka­n implikasin­ya pada kaki ini merujuk kepada ‘kaki diabetes’ iaitu apabila aliran darah ke kaki sering terganggu akhirnya menimbulka­n penyakit pembuluh darah periferal pada kaki. Pembuluh darah ini menyempit kerana adanya timbunan lemak.

Namun, penderita diabetes tidak dapat merasakan sakit atau panas akibat keadaan itu. Ini akan menyebabka­n mereka tidak sedar luka yang dialami menjadi besar dan mendapat jangkitan. Jika tidak diberi perhatian dan rawatan secepat mungkin, jangkitan ini boleh merebak ke bahagian tisu sehingga sukar dirawat. Kegagalan mengawal paras gula dalam darah juga akan menyukarka­n rawatan dan penyembuha­n luka.

Kesannya, tisu akan menjadi hitam dan mati (dipanggil gangren). Biasanya dalam keadaan serius dan untuk menyelamat­kan nyawa pesakit, doktor terpaksa membuang (memotong) kaki yang terjejas. Apabila luka pada kaki dijangkiti kuman, penderita diabetes berisiko 25 kali ganda untuk kehilangan kaki mereka.

Penulis pernah melalui pengalaman menjaga ibu yang mengalami komplikasi kecederaan luka kencing manis mengakui proses penjagaan pesakit untuk sembuh sepenuhnya sangat lama sehingga enam bulan.

Meskipun kecederaan ibu ketika itu bermula dengan kemalangan kecil iaitu terseliuh ketika menuruni anak tangga tetapi untuk merawatnya memerlukan pembedahan.

Pada awalnya, ibu menyangkak­an ia bengkak biasa dan keadaan menjadi lebih teruk apabila kawasan bengkak berubah menjadi kekuningan dan beransuran­sur lebam kebiruan.

Gejala lain dialami termasuk demam mengejut yang teruk sehingga menggigil menandakan kuman sudah mula merebak.

Rentetan itu, ahli keluarga bergegas membawa ibu ke hospital dan dia terpaksa menjalani pembedahan membabitka­n pembuangan semua daging di bahagian kaki yang dijangkiti kuman.

Tidak terhenti dengan itu, kami memasuki fasa lebih rumit ialah tempoh penyembuha­n luka yang panjang. Kaki luka perlu dipantau dan dicuci setiap hari. Tambah rumit luka pembedahan itu agak besar, maka risiko mengalami jangkitan juga tinggi.

Implikasi lain ialah ibu tidak boleh bergerak sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga untuk bangun atau duduk. Ketika inilah, ibu yang biasanya ligat bekerja mula berasa tidak selesa dan tertekan.

Penulis beruntung kerana kami adik-beradik bersetuju membantu ayah menjaga ibu secara bergilirgi­lir kerana semuanya mahu luka pada kaki ibu sembuh cepat. Kehadiran kami juga secara tidak langsung mengurangk­an stres ibu dan ayah.

Timbul persoalan bagaimana situasinya buat mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang tahu mengenai penjagaan luka kaki pesakit diabetes?

 ??  ?? WAD Jagaan Kaki memfokuska­n menangani masalah luka dan ulser kaki dihadapi pesakit
diabetes.
WAD Jagaan Kaki memfokuska­n menangani masalah luka dan ulser kaki dihadapi pesakit diabetes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia