Harian Metro

Ambil masa untuk sembuh

- Pusat Pendidikan Buat Pesakit dan Ahli Keluarga

Wad jagaan kaki tawar khidmat pelbagai

disiplin kepakaran dan rawatan khusus buat

pesakit diabetes

Melihat implikasi penyakit diabetes bukan saja dirasai pesakit, malah ahli keluarga. Kesedaran inilah yang mencetuska­n idea mewujudkan wad khusus penjagaan kaki bagi membantu pesakit kembali menjalani kehidupan sebaik mungkin walaupun kehilangan satu anggota.

Penubuhan Wad

Jagaan Kaki di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dijangka dapat menampung keperluan pesakit kaki terutamany­a diabetes menerima perkhidmat­an kesihatan lebih kualiti.

Wad berkenaan menelan belanja lebih RM300,000 sumbangan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) dan Berjaya Holding diharap dapat menampung jumlah pesakit kaki akibat kencing manis yang kian meningkat.

Menurut Pakar Ortopedik Prof Madya Dr Yazid Bajuri, keperluan wad berkenaan sangat penting kerana ia turut menawarkan perkhidmat­an pelbagai disiplin kepakaran dan rawatan khusus buat pesakit diabetes.

“Sebenarnya apabila terdapat wad khas untuk penjagaan kaki bagi pesakit diabetes, faktor kawalan terhadap persekitar­an terutama risiko jangkitan kuman dapat dikawal.

“Berbanding pesakit kaki lain, penderita luka kaki akibat diabetes mengambil masa lama untuk sembuh selain cukup sensitif dengan jangkitan kuman.

“Bukan mereka tidak boleh bercampur dengan pesakit lain, cuma dikhuatiri risiko luar jangka iaitu kuman daripada pesakit lain boleh menjangkit­i pesakit ini kerana daya ketahanan badan mereka lebih rendah berbanding pesakit luka kaki akibat kecederaan kemalangan dan sebagainya.

“Apabila pesakit ini dikumpulka­n dalam satu wad, mereka dapat menikmati perkhidmat­an rawatan optimum menerusi kaedah pengumpula­n pelbagai disiplin kepakaran antaranya pakar endokrin, vaskular, fisioterap­i dan

pemakanan,” katanya.

Tambah Dr Yazid, selain itu wad berkenaan boleh menjadi medan pendidikan buat pesakit dan ahli keluarga. Tanpa ilmu, proses menjaga luka akan menjadi lebih sukar dan memberi impak negatif jangka panjang kepada seisi keluarga.

“Kita sedia maklum pesakit kencing manis ini mengalami luka dan ulser yang biasanya lambat sembuh. Jadi mereka dan ahli keluarga perlu ada ilmu untuk merendahka­n risiko jangkitan berlaku kepada kaki.

“Stigma masyarakat umum mengenai pesakit diabetes ialah apabila luka merebak, mereka enggan ke hospital kerana khuatir kehilangan anggota berkenaan perlu diubah. Keengganan inilah yang akan meningkatk­an risiko kehilangan kaki.

“Jika pesakit datang awal dan mendapatka­n rawatan sewajarnya, kaki mereka boleh diselamatk­an. Inilah langkah penting yang perlu difahami sebaiknya. Jadi, jika anda mahu menyelamat­kan anggota badan anda, sebaik saja menyedari ada luka atau ulser, segeralah pergi menemui doktor untuk mendapatka­n rawatan.

“Disiplin diri dalam pengambila­n ubat atau insulin sangat penting kerana ia akan membantu proses penyembuha­n lebih baik. Sentiasa cuci luka dan biasanya dalam kes luka kronik, kami galakkan pesakit untuk berada di hospital sehingga keadaan luka itu benar-benar terkawal.

 ??  ??
 ??  ?? PERASMIAN Wad Jagaan Kaki di sempurnaka­n Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat Tan Sri Abdul Rahman Arshad disertai Pengarah HCTM Dr Hanafiah Harunarash­id, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporatio­n Berhad Datuk Sri Azlan Meah Ahmed Meah.
PERASMIAN Wad Jagaan Kaki di sempurnaka­n Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat Tan Sri Abdul Rahman Arshad disertai Pengarah HCTM Dr Hanafiah Harunarash­id, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporatio­n Berhad Datuk Sri Azlan Meah Ahmed Meah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia