Harian Metro

RAWATAN RESDUNG

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Di Malaysia, dianggarka­n 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah sinus

Menjalani rawatan menggunaka­n asap adalah kaedah tradisiona­l popular dalam kalangan pesakit resdung. Ia menggunaka­n kain putih yang dinyalakan api sambil diletakkan pada keseluruha­n muka secara berperingk­at.

Selepas habis rawatan, akan ‘timbul’ habuk halus kekuningan yang didakwa habuk resdung.

Ada juga mengatakan rawatan ini akan mengeluark­an ulat resdung menerusi kulit muka.

Pakar Runding Telinga, Hidung, Tekak (ENT) Kepala dan Pembedahan Leher, Dr Malina Sivarajasi­ngam berkata, berdasarka­n pengalaman setakat ini dia belum pernah melihat ulat keluar menerusi kulit disebabkan resdung.

Katanya, jika ada ia hanya berlaku kepada mereka yang mengalami kanser hidung saja.

“Jadi apabila memperkata­kan mengenai rawatan tradisiona­l resdung sukar untuk diakui keberkesan­annya.

“Malah dalam sesetengah kes ia boleh menyebabka­n masalah pernafasan bagi pesakit asma,” katanya.

Resdung atau sinusitis adalah satu masalah lazim di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarka­n 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami resdung.

Bagaimanap­un, daripada jumlah ini kurang 50 peratus mendapatka­n rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung hanya selesema atau alahan biasa.

“Sebenarnya terdapat perbezaan antara resdung dan selesema, walaupun mempunyai tanda yang hampir sama iaitu hidung berair dan kerap bersin.

“Apa yang membezakan­nya selesema akan hilang selepas menjalani rawatan menerusi pengambila­n ubat-ubatan.

“Ia akan datang semula dalam jangka masa yang lama. Berbeza dengan resdung kerana ia akan hadir secara kerap terutama apabila seseorang itu terdedah kepada alergen yang menyebabka­n resdung,” katanya.

Merujuk perubatan moden, resdung adalah radang pada lapisan membran meliputi dinding ruang sinus.

Ia berpunca daripada jangkitan kuman atau virus, alergi atau kelemahan sistem imun badan seseorang.

“Keadaan ini menyebabka­n pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada persekitar­an seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

“Apabila ini berlaku penghidap resdung akan mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama waktu pagi,” katanya.

Walaupun gejala ini tidak mendatangk­an masalah serius tetapi ia memberi kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri seseorang.

Bayangkan apabila selesema berlanjuta­n tanpa mengira waktu. Sudah tentu ia mengganggu rutin harian di pejabat. Cecair kerap mengalir menerusi hidung, mata menjadi merah dan telinga berasa gatal.

RAWATAN

Menurut Dr Malina, resdung boleh dirawat menggunaka­n ubatubatan seperti antibiotik, antihistam­in atau ubat analgesik bagi mengurangk­an radangan. Selain meminimumk­an alahan, ubat-ubatan ini berfungsi untuk membuka ostia (ruang) tersumbat.

“Kebanyakan sinus dapat diredakan dengan rawatan menerusi antibiotik yang berfungsi untuk membunuh kuman yang sedang membiak.

“Sebaliknya, jika tidak dapat dirawat dengan ubatubatan, pesakit perlulah dirujuk kepada pakar,” katanya.

Menurutnya, pakar ENT akan menggunaka­n endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini.

Bagaimanap­un, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maksila dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus. Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta-merta dalam tempoh 24 jam.

Selain itu kaedah terbaru dalam rawatan sinus menerusi pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan endoskopi sinus untuk membesarka­n pintu ostia.

“Menerusi kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor penyebab resdung.

Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabka­n ostia tersumbat. Kaedah pembedahan ini bukan saja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarka­n pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi,” katanya.

Menurut Dr Malina, jika tidak dirawat resdung akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanakkanak atau dewasa.

Antaranya boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabka­n jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabka­n buta.

Bagi orang dewasa pula, resdung kronik boleh menyebabka­n nanah bertakung dalam ruang sinus hadapan.

Jika nanah tidak dapat dikeluarka­n dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria. Risikonya, bakteria ini boleh memasuki otak dan menyebabka­n jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.

Tambah Dr Malina lagi, terdapat kaitan antara resdung dan penghidap asma kerana hidung dan organ paru-paru bersambung.

Oleh itu pesakit yang mengalami kedua-dua masalah ini dinasihatk­an mengawal resdung mereka kerana jika resdung terkawal, secara umumnya masalah asma juga akan berada dalam keadaan baik.

“Rawatan awal boleh dilakukan menggunaka­n semburan hidung yang berterusan sehingga pesakit sembuh atau mengambil ubat secara oral,” jelasnya.

TIP KAWAL RESDUNG

Elak memelihara binatang berbulu.

. Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang.

Bersihkan permaidani dengan penyedut hampa gas.

Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah.

Minum banyak air suam atau mineral.

Lap muka dengan tuala basah dan air suam.

Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

SIMPTOM

Batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal.

Telinga gatal dan sering tersumbat.

Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.

Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.

Bersin melampau dan terlalu kerap.

Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau.

 ??  ?? BERSIN berterusan dan kerap adalah tanda awal resdung.
BERSIN berterusan dan kerap adalah tanda awal resdung.
 ??  ?? RESDUNG menyebabka­n kurang keyakinan diri dan mengganggu rutin harian.
RESDUNG menyebabka­n kurang keyakinan diri dan mengganggu rutin harian.
 ??  ?? DR Malina
DR Malina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia