Harian Metro

Lenguh belakang kepala

-

Sakit bahu, kepala, pening ‘hanyut’ adalah gejala klasik sakit sendi faset tengkuk

Saya guru berusia 33 tahun mengalami sakit lenguh di belakang kepala dan leher sejak 2009. Setiap pagi saya akan rasa pening seperti berpinar-pinar.

Kesan daripada itu tekanan darah saya naik sehingga 130/90 dan kadang-kadang mencecah 170/100 mmHg. Saya sudah mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan.

Selepas seminggu ujian darah dilakukan, hanya sekali tekanan darah naik ke tahap membimbang­kan. Saya diberi hidrocloro­thaizide tetapi rasa pening tetap tidak hilang.

Kemudian saya diberikan pula atenolol, namun tidak berkesan selepas sebulan mencuba. Lalu doktor memberi propanolol pula. Semua itu ialah ubat darah tinggi.

Kemudian rasa sakit kepala saya mula hilang tapi rasa pening seperti berpusing tetap ada walaupun denyutan nadi saya menurun ke 55-60/minit.

Saya diberikan pula lovastatio­n, doktor kata ujian darah menunjukka­n paras kolesterol saya tinggi. Kedua-dua ubat berkenaan saya ambil selama lapan bulan.

Apabila doktor pakar perubatan tidak menemui jalan penyelesai­an untuk masalah itu, saya dirujuk kepada pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Saya disyaki mengalami Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) dan diberikan ubat betasert.

Selepas sebulan pemeriksaa­n dijalankan termasukla­h MRI, saya dikatakan tidak mempunyai sebarang penyakit sedangkan pening ‘hanyut’ masih ada.

Kemudian doktor ENT kata, saya ada sinusitis kerana hidung sering tersumbat. Pembedahan sinus dilakukan dengan jayanya namun pening tetap berlaku.

Ini antara senario biasa pengidap kesakitan kronik apabila salah diagnosis membawa kepada rawatan yang tidak berhasil. Bila rawatan diberikan tidak sesuai, pesakit tidak akan mendapat kualiti rawatan efektif.

Walaupun doktor bertanggun­gjawab menangani kesakitan, tidak semua pengamal perubatan mempunyai kepakaran dalam merawat kesakitan kronik kerana ia lebih kompleks.

Sebaik menyedari semua rawatan doktor biasa menemui jalan buntu, pesakit seharusnya mencari alternatif iaitu dengan menemui pakar pengurusan kesakitan.

Dalam kebanyakan kes membabitka­n sakit belakang kepala, doktor akan merujuk ia akibat tekanan darah tinggi atau migrain.

Paras tekanan naik disebabkan stres dan situasi ini sebenarnya tidak memerlukan ubat darah tinggi atau migrain. Ia hanya mirip tetapi bukanlah gejala sebenar.

Gejala sakit tengkuk, bahu, pening seperti ‘hanyut’ dan sakit kepala adalah gejala klasik menerangka­n sakit sendi faset tengkuk.

Penyakit ini sering berlaku tidak kira peringkat umur meskipun penyakit ini dikategori­kan sebagai penyakit degenerati­f atau penuaan pada tulang belakang.

Rekod menunjukka­n julat umur pesakit yang paling ramai antara 30 hingga 35 tahun.

Sebenarnya arthritis bahagian sendi tengkuk yang paling atas C0C1 dan C1C2, bertanggun­gjawab memberi gejala pening hanyut seperti mabuk laut atau vertigo.

Pergerakan banyak menunduk atau menggeleng kepala boleh mencetuska­n gejala pening hanyut berkenaan dan satu ketika menjadi lebih ekstrem sehingga berpusing 180 hingga 360 darjah (vertigo).

Akibatnya pesakit hilang upaya yang teruk sehingga tidak mampu memandu, berdiri atau berjalan.

Saya sudah berjaya merawat ramai pesakit mempunyai gejala seperti ini dan kebanyakan­nya dipulihkan menerusi suntikan radiofreku­ensi (RF) pada sendi faset tengkuk berkenaan.

Gejala penyakit arthritis sendi facet tengkuk sangat mirip gejala penyakit atau masalah kesihatan lain, antaranya migrain, sinusitis, telinga berdengung, cakera gelincir di tengkuk, gastritis, gejala sakit jantung, serangan panik, sesak nafas, kelabu mata dan sebagainya.

Jadi tidak hairanlah semua pemeriksaa­n sama ada sampel darah, sinar-X, MRI, saringan psikiatrik dan angiogram akan memberi keputusan yang normal.

Secara tidak langsung rawatan diberikan tidak menepati masalah dihadapi termasukla­h rawatan seperti pembedahan sinus dan tekanan darah tinggi yang dilakukan pesakit ini. Bagi maklumat terperinci boleh melayari laman Facebook prof nizar abd jalil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia