Harian Metro

Rawatan sakit kerongkong, tekak

-

Sakit kerongkong atau tekak adalah gejala yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Kesakitan pada kerongkong menjadi lebih teruk apabila pesakit cuba untuk menelan makanan.

Pesakit yang mengalami sakit kerongkong boleh juga demam, batuk dan selsema pada waktu sama.

Dalam keadaan serius, sakit kerongkong boleh menyebabka­n suara menjadi kasar atau garau.

Secara umumnya, sakit kerongkong biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Sekiranya berpunca jangkitan virus, antibiotik tidak diperlukan kerana jangkitan itu biasanya akan pulih sendiri dalam tempoh tertentu.

Jika sakit kerongkong disebabkan jangkitan bakte- ria, antibiotik mungkin akan dipreskrip­si oleh doktor yang merawat.

Sekiranya antibiotik dipreskrip­si kepada pesakit, ia perlu dihabiskan seperti diarahkan walaupun sakit kerongkong mula berkuranga­n.

Kegagalan mematuhi arahan pengambila­n antibiotik boleh mengundang risiko bakteria menjadi kebal atau kerintanga­n antibiotik berlaku. Kerintanga­n antibiotik bermaksud sesuatu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria yang sama seperti sebelumnya.

Sebagai pengguna ubat yang bijak, pesakit tidak perlu memaksa doktor untuk memberikan antibiotik setiap kali berasa tidak sihat.

Berdasarka­n pengetahua­n dan pengalaman, doktor akan memberi rawatan yang optimum serta hanya akan memberikan rawatan antibiotik jika ada keperluan.

Selain itu, sakit kerongkong juga boleh berpunca daripada pendedahan terhadap asap rokok, udara kering atau kesan alahan tubuh. Oleh itu, menjauhi diri daripada faktor risiko seperti asap rokok boleh mengurangk­an berlakunya sakit kerongkong.

Bagi mengurangk­an kesakitan dan demam, ubat paracetamo­l atau ubat penahan sakit NSAIDs (ubat antikerada­ngan bukan steroid) seperti ibuprofen adalah pilihan ubat dalam rawatan sakit kerongkong.

Pesakit dinasihat mengambil ubat ini dengan dos yang betul dan pada selang masa ditetapkan doktor atau ahli farmasi.

Pesakit juga boleh mengambil lozeng yang boleh didapati di kedai runcit atau farmasi. adalah sediaan ubat dalam bentuk tablet dan perlu diambil dengan cara menghisap tablet itu. Pengambila­n perlulah mengikut arahan seperti pada pek pembungkus­an.

Ada sesetengah jenis

dikategori­kan sebagai ubat am dan boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi ubat daripada doktor. Bagaimanap­un, ada juga

yang mengandung­i ubat terkawal dan hanya boleh dibeli di farmasi komuniti atas nasihat doktor atau ahli farmasi.

Pesakit juga boleh berkumur dengan air garam untuk melegakan bengkak dan sakit pada kerongkong. Selain itu, air garam juga membantu membersihk­an kawasan dalam mulut bagi mengurangk­an risiko jangkitan yang lain.

Pesakit yang mengalami masalah sakit kerongkong digalakkan untuk mengambil air kosong yang mencukupi dan mengelakka­n pengambila­n minuman dan makanan panas serta pedas.

Bagi ibu bapa, pantau anak dengan lebih rapi ketika mereka tidak sihat. Jika anak enggan makan atau minum secara berterusan, segera bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaa­n lanjut kerana dibimbangi akan berlaku dehidrasi.

Bagi mengekalka­n tahap kesihatan yang baik, amalan cara hidup sihat iaitu menjalani kehidupan aktif, minum air kosong secukupnya, mengambil diet seimbang (lengkap semua zat makanan termasuk sayur-sayuran dan buahbuahan) sangat digalakkan.

Pesakit dinasihat berjumpa doktor sekiranya gejala sakit kerongkong berterusan atau bertambah teruk supaya pemeriksaa­n lanjut dapat dijalankan.

Perkara ini penting bagi memastikan diagnosis sebenar sama ada ia berpunca daripada keadaan yang lebih serius seperti barah, seterusnya rawatan awal dapat diberikan.

Sebarang kemusykila­n atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-886722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi - 5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Disediakan oleh Ivy Lau Chu Chung Pegawai Farmasi Hospital Labuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia