Harian Metro

Nazrief pendam dulu impian

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pelakon Nazrief Nazri, 27, tidak pernah melupakan hasrat untuk merealisas­ikan impian bergelar penyanyi biarpun single pertamanya, Cinta Semalam yang dilancarka­n tahun lalu kurang mendapat sambutan.

“Saya minat menyanyi tapi dapat rasakan bidang nyanyian bukan kekuatan sayabuatma­saini.

“Mungkin sebab kurang ilmu dan belum ada rezeki. Mana tahu ada tuah pada masa depan,” katanya.

Namun begitu, ada rasa terkilan cuma sebagai insan seni yang baharu bertatih dia perlu reda.

Katanya, jika difikirkan usaha yang dilakukan, pengorbana­n masa serta wang ringgit dilaburkan untuk bergelar penyanyi, ada rasa pedih menyapa.

“Hati sedikit terubat apabila melihat jumlah tontonan di YouTube agak memberangs­angkan meski di radio kurang diberi ruang.

“Mungkin sebab terlalu banyak perkara perlu diberi perhatian. Sekarang, saya mahu fokus apa yang ada depan mata dulu, nyanyian mungkin lain kali,” katanya yang rancak memenuhi komitmen lakonan dan pengacaraa­n.

Mengulas perkembang­an terkini, Nazrief yang baharu menyambut ulang tahun ke-27 pada 19 Oktober lalu berkata, dia terikat dengan penggambar­an drama

Fokus lakonan, pengacaraa­n manakala nyanyian mungkin lain kali

Plan Cinta yang akan ditayangka­n di TV3 pada November depan.

Sebuah lagi drama yang baru selesai penggambar­an berjudul Leftenan Zana pula dijangka ditayangka­n pada Januari 2019.

Selain itu, dia juga sudah mula berjinakji­nak dalam bidang pengacaraa­n apabila bakal mengendali program anjuran Perkeso Perihatin yang akan menjalani penggambar­an di seluruh Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

Katanya, bidang pengacaraa­n sebuah lagi cabang seni diminatiny­a dan peluang mengendali Buletin 113 untuk saluran Salam HD di saluran

Hypp TV pada Januari lalu membuka peluang luas.

“Saya sukakan bidang pengacaraa­n cuma untuk siaran langsung belum ada peluang.

“Selain itu, saya turut menceburi dunia niaga bersama rakan kongsi dengan menjual pakaian wanita,” katanya.

Ditanya mengapa memilih pakaian perempuan sebagai produk pertama, Nazrief berkata, ia hanya percubaan selain peluang pasaran lebih luas.

Jika percubaan itu menjadi, dia akan memperkena­lkan pakaian lelaki pula pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia