Harian Metro

On undur diri

-

Assalamual­aikum dan salam ceria buat semua pembaca Metro Ahad. Semoga hujung minggu ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaa­n buat kita semua.

Ini adalah artikel terakhir Adik untuk ruangan Muah Ciked. Sepanjang lebih dua tahun mengemudi kolum ini, terlalu banyak pengalaman dan cerita suka duka dapat Adik kongsi dengan pembaca.

Meskipun di awal pembabitan Adik dalam bidang penulisan ini ada rasa kekok, Adik cuba sebaik mungkin menulis secara santai untuk tatapan peminat.

Setiap minggu Adik perlu memilih topik serta menga- rang artikel yang menarik minat pembaca.

Seboleh-bolehnya, Adik mahu menulis sesuatu yang dekat dengan diri selain memberi mesej positif kepada pembaca.

Kalau perasan, setiap artikel yang ditulis tidak hanya tertumpu kepada kerjaya seni semata-mata tapi Adik ada menyentuh isu semasa serta kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

Menulis dalam artikel ini juga adalah medan untuk pembaca mengenali Adik dari sudut berbeza. Bercakap mengenai pengalaman menulis, banyak sebenarnya yang ingin Adik kongsi. Paling menarik, Adik menulis ketika sibuk menjalani penggambar­an drama.

Bayangkan, ketika Adik perlu menghafal dialog dan menunggu giliran beraksi depan kamera, Adik perlu menghantar artikel mengikut masa yang ditetapkan.

Memang sangat menguji kesabaran dan ketangkasa­n. Bagaimanap­un, Adik cuba membahagik­an masa dengan baik supaya artikel terbabit dapat disiarkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bercerita mengenai pengalaman pahit? Rasanya tiada kerana penulisan medium Adik berkongsi berita dengan pembaca.

Banyak juga pesanan dan nasihat yang Adik dapat kongsi dengan pembaca. Diharapkan perkongsia­n ini dapat menyuntik semangat dan mengubah hidup kita menjadi insan yang lebih baik.

Kalau perasan dalam setiap kapsyen Adik di Instagram juga Adik tulis dengan panjang kerana itu juga satu perkongsia­n. Ini semua adalah ilmu yang Adik timba hasil penulisan artikel ini.

Walaupun selepas ini tiada lagi kolum Muah Ciked, tapi rajin-rajinlah menjenguk Adik di Instagram untuk mengetahui perkembang­an seni Adik.

Adik akan terus menulis tapi di platform berbeza iaitu di media sosial. Bagi Adik perkongsia­n yang baik sepatutnya dipanjangk­an kepada umum.

Di kesempatan ini, Adik ingin mohon maaf sekiranya ada penulisan yang mengguris hati mana-mana pihak.

Percayalah Adik tiada niat menyinggun­g perasaan sesiapa sebaliknya setiap apa yang ditulis adalah pengajaran buat diri adik dan anda semua.

Adik mohon undur diri. Teruskan menyokong karier seni Adik. Insya-Allah Adik bakal keluarkan single terbaru tidak lama lagi. Tunggu tau! Assalamual­aikum. #terimakasi­h

da penulisan yang mengguris hati mana-mana pihak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia