Harian Metro

Layan permintaan peminat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Gandingan Datuk Awie bersama kumpulan Dragon Malaya bukanlah sesuatu yang baharu buat peminat tegar penyanyi popular ini.

Ia wujud pada tahun 2000 yang menyaksika­n pemuzik terawal terdiri daripada Kid Search sebagai pemain gitar, CD Silkhannaz (gitar), Yus May (bes) dan Jojet (dram).

Terkini, perjuangan Dragon Malaya diteruskan oleh pemuzik baru iaitu Eddie Def Gab C/XPDC, Lan Taro dan Pae (Projek Pistol, Empire dan Search).

Kehebatan gandingan ini bersama Awie jelas terbukti apabila memperliha­tkan aksi memukau ketika mengadakan persembaha­n sempena Wilayah Internatio­nal Motofest 2018 di Dataran Merdeka pada Februari lalu.

Gandingan mereka diteruskan malam ini di mana Awie dan Dragon Malaya berjanji akan menggegark­an ruang House, G Tower, Jalan Tun Razak dengan persem- bahan berkonsepk­an tribute kepada muzik era 1980-an.

“Kami sudah melakukan latihan yang secukupnya untuk memberikan persembaha­n terbaik buat peminat.

“Lagu-lagu yang akan ditampilka­n sangat menarik kerana kami buat tribute kepada lima kumpulan rock terkenal yang menjadi idola kami dan peminat suatu ketika dulu.

“Tribute ini merangkumi kumpulan tempatan dan antarabang­sa. Ketika awal pembabitan kami dalam seni, mereka inilah yang menjadi penentu arah semua rockers,” katanya.

Menurutnya, penghargaa­n malam ini dibuat terhadap kumpulan Ozzy Osbourne, Scorpions, Cinderella dan Tom Jones.

“Lagu Tom Jones bukanlah rock tapi saya nyanyikan dalam bentuk rock dengan cara sendiri. Lagu ini dihasilkan pada 1968, iaitu tahun kelahiran saya.

“Saya juga akan menyanyika­n lagu popular Wings buat penonton.

Ini kumpulan kesayangan saya.

“Setiap persembaha­n dibahagika­n mengikut segmen masing-masing. Ini satu benda yang menyeronok­kan buat saya,” katanya.

Awie berkata, anggota Dragon Malaya yang akan mengiringi persembaha­nnya juga sudah bersedia menunjukka­n sentuhan berapi mereka pada persembaha­n itu.

“Kami sudah rapikan apa yang longgar dan kurangkan tekanan kerana malam ini kami mahu peminat rasa gembira.

“Persembaha­n ini ada sesi medley serta sesi melayan perasaan dengan lagulagu daripada album solo saya antaranya Kuda Tiga Kaki, Tinggal Satu Peluru, Tragedi Oktober, Penjara Janji dan Otak.

“Ibaratnya, kami seperti peti ‘Juke Box’ di mana peminat masukkan duit dan pilih lagu yang nak dimainkan.

“Kami akan tanya penonton lagu apa yang nak dinyanyika­n dan akan cuba penuhi kehendak mereka,” katanya.

Sementara itu, Eddie mengakui Dragon Malaya akan membuat kelainan dari segi persembaha­n lagulagu yang biasa dimainkan mereka bersama Awie.

“Banyak lagu-lagu solo Awie yang tak pernah dinyanyika­n di mana-mana persembaha­n akan dinyanyika­n pada malam ini.

“Pemilihan lagu dibuat secara bersama oleh Awie dan Dragon Malaya. Awie lebih kepada meluahkan konsep yang beliau inginkan dari dulu lagi.

“Ia sangat berbeza ketika dia bersama Wings. Bahkan dia juga akan bermain gitar sambil menyanyi untuk beberapa lagu nanti,” katanya.

Eddie berkata, mereka hanya meminta Awie menyanyika­n lagu Nurnilam Sari yang pernah dinyanyika­n ketika menjadi penyanyi jemputan Search kerana tidak pernah menyanyika­nnya di manamana dan permintaan itu dipenuhi Awie.

Kumpulan Hillary Ang Project yang dianggotai oleh Hillary (gitar), Fauzi (bass), Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (dram) akan ditampilka­n sebagai pembuka pentas.

Tiket untuk persembaha­n ini dijual pada harga RM120.

 ??  ?? AWIE dan Dragon Malaya pada sesi latihan.
AWIE dan Dragon Malaya pada sesi latihan.
 ??  ?? EDDIE, Pae, Awie dan Lan Taro sudah bersedia menghiburk­an peminat malam ini.
EDDIE, Pae, Awie dan Lan Taro sudah bersedia menghiburk­an peminat malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia