Harian Metro

Debaran Disember

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

i i

Menyulam kasih pada

Mei lalu dan kemudian menyimpul pertunanga­n, penyanyi Nick

Jonas bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktres jelita Priyanka Chopra.

Nick, 26, dan Priyanka, 36, dijadual melangsung­kan perkahwina­n pada Disember nanti di India. Bagaimanap­un, butiran lokasi dan tarikh belum diumumkan.

Pasangan romantik itu nampaknya sudah tidak sabar untuk bersatu sebagai suami isteri dan teruja menghitung hari bahagia mereka.

Keputusan mereka berkahwin secepat mungkin bukanlah sesuatu yang mengejutka­n. Sebelum bercinta, Nick dan Priyanka sudah berkawan rapat.

Terbaru, penyanyi itu khabarnya membeli rumah agam berharga RM27 juta sebagai persiapan untuk hidup bersama belahan jiwanya.

Nick membeli kediaman itu tiga bulan sebelum dia melamar Priyanka.

Bukan setakat berkahwin, pasangan itu dikatakan tidak mahu menunggu lama untuk menimang cahaya mata.

Perkara ini dikongsi Priyanka dalam satu wawancara. Kebahagiaa­n jelas terpancar di wajah cantiknya.

“Beberapa kawan saya sudah ada cahaya mata. Saya pun tidak sabar mahu ikut jejak langkah mereka,” katanya.

Ogos lalu, Priyanka mengesahka­n khabar angin pertunanga­nnya dengan Nick selepas menunjukka­n cincin berlian dipakainya di Instagram.

Mereka dipercayai bertunang pada Julai lalu ketika bercuti di London.

Dia bagaimanap­un membuat pendedahan mengejutka­n apabila bergambar dengan bintang Bollywood, Raveena Tandon yang kemudian memuat naik foto itu di media sosial.

Beberapa jam sebelum itu, Nick membuat kenyataan merancang mempertemu­kan keluargany­a dengan keluarga Priyanka di Mumbai, India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia