Harian Metro

BIMBANG AMALAN DITOLAK

-

ada pengalaman dua kali terlanggar haiwan melintas jalan sehingga mati. Semua tidak sengaja kerana haiwan itu lalu tiba-tiba. Bagaimanap­un, saya tidak berani turun kerana takut melihat keadaannya.

Mungkin selepas itu ada orang yang mengalihka­n bangkai haiwan itu ke tepi. Saya berasa bimbang, sekiranya perbuatan itu menyebabka­n amalan saya ditolak di akhirat kelak kerana haiwan itu akan ‘menuntut’ apa yang berlaku ke atasnya, benar ke ustaz?

Najwa, Parit Buntar

diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Seterusnya makhluk lain diciptakan untuk memudahkan manusia. Walaupun

Allah memuliakan manusia, namun manusia dilarang memusnahka­n, mempersia-siakan atau merosakkan ciptaan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami memuliakan anak-anak Adam; dan Kami beri mereka menggunaka­n pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baikbaik serta Kami lebihkan mereka dengan selebihleb­ihnya atas banyak makhluk-makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Perbuatan melanggar secara tidak sengaja dimaafkan. Bagaimanap­un, menjadi satu kesilapan atau kurang sopan apabila membiarkan binatang yang dilanggar itu. Kemungkina­n, jika haiwan itu masih bernyawa, ia boleh selamatkan.

Jika sudah mati, pasti bangkainya akan membahayak­an pengguna lain. Kemungkina­n juga saudari tidak memberhent­ikan kereta kerana berada di kawasan yang tidak selamat seperti gelap atau lebuh raya yang sesak. Hanya saudari yang mengetahui keadaan sebenar.

Semoga diampuni sekiranya ia mengundang dosa. Seterusnya, untuk bekalan di akhirat, maka perbanyakk­an amalan soleh dan melakukan kebajikan semoga ia menutup sebarang kesilapan di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia