Harian Metro

Kelebihan memuji jenazah ‘baik’

-

kali selepas melaksanak­an solat jenazah, pada akhir sebelum jenazah diangkat imam akan bertanya jemaah, “Apa kita katakan atas jenazah ini?” Kemudian jemaah akan menjawab serentak, ‘baik’. Adakah itu memang dianjurkan dalam Islam dan apa kelebihan ke atas mayat itu?

Adly, Batu Caves

menjadi kebiasaan ketika selesai solat jenazah imam bertanyaka­n penyaksian kepada jenazah. Namun, terdapat mereka yang menyatakan dengan kalimah berbeza seperti, “Apa yang hendak didoakan pada jenazah ini?” atau “Apa yang hendak harapkan kepada jenazah ini?”

Terhadap hadis daripada Saidina Anas bin Malik, ketika mengiringi jenazah melalui orang ramai, orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud: wajib, wajib, wajib. Seterusnya lalu pula jenazah lain, orang ramai mencelanya dengan keburukan, kemudian Rasulullah bersabda: wajib, wajib, wajib.

Umar berkata, menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada jenazah lalu dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: wajib, wajib, wajib. Kemudian lalu jenazah lain yang disifatkan sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: wajib, wajib, wajib.

Apa ertinya itu? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun penyaksian orang ramai boleh membantu sebagai saksi di hadapan Allah, namun penyaksian itu hendaklah ikhlas berserta doa untuk jenazah. Itulah yang dianjurkan dalam Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia