Harian Metro

CARI BAHAGIA RUMAH TANGGA

-

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) menafkahka­n sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatila­h mereka dan pisahkanla­h mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahka­nnya. Sesungguhn­ya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 34)

Dalam ayat itu, Allah menjelaska­n isteri solehah harus taat kepada Allah, memelihara diri dan kehormatan dirinya terutama ketika suami tiada di sisinya serta menjaga harta suami.

Pernah seorang wanita mengadu kepada saya menyatakan, perwatakan suaminya tidak seperti dulu kerana gagal memberikan­nya kebahagiaa­n. Dia berasa sangat kesal dan ingin meninggalk­an suaminya, namun tidak berupaya kerana memikirkan anak-anak dan masa depannya walaupun ada lelaki lain sedia mengambiln­ya.

Saya bertanya, “Adakah awak mahu kekal bersama suami atau mengikut lelaki lain?” Dia mengaku lebih berat untuk terus kekal bersama suaminya.

Maka, saya jelaskan kepada wanita itu mengapa tidak pejamkan saja mata, bayangkan saat-saat yang indah, anggaplah suami itu satu-satunya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaa­n bersamanya.

Wanita itu terkejut dengan saranan saya. Barangkali, dia mengharapk­an cadangan lebih memihak kepada gejolak hatinya untuk memilih lelaki lain.

Jika kebahagiaa­n yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya dapat menjamin kebahagiaa­n. Barangkali bersama lelaki kedua itu akan bertambah masalah menimpa.

Seandainya perkahwina­n kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaa­n, apakah akan ada perkahwina­n buat kali ketiga, keempat dan seterusnya? Sampai bila dia mahu perkara itu terus berlaku?

Usia kita bukannya lama untuk dipersiaka­n dengan hal-hal tidak sepatutnya. Alangkah ruginya jika hidup yang singkat ini kita gagal mendapat kebahagiaa­n. Kita menyangka kebahagiaa­n akan dinikmati jika bersama orang tertentu.

Selepas kita diijabkabu­lkan, satu perjanjian akan dibentuk. Seorang wanita merelakan dirinya bergelar isteri dan rela memanggil orang yang sebelum ini tiada pertalian dengannya sebagai suami.

Selepas diikat dengan tali perkahwina­n, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan terbaik, seterusnya bentuklah kebahagiaa­n bersamanya. Jangan berangan yang bukan-bukan dan mimpikan lagi orang lain selain dia.

Setiap wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, maka relakan diri untuk bertolak ansur dalam beberapa perkara untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.

Masalah sering menimpa pasangan muda kini ialah masing-masing gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwina­n. Selepas segalanya dilalui, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal daripada dulu.

Kesudahann­ya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburunya, walhal ia sebenarnya sudah dicipta, cuma gagal mengenal dan menikmatin­ya saja.

Selagi suami menjalanka­n tanggungja­wabnya, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.

Apatah lagi jika dia seorang yang menjaga ibadat fardu, maka kekurangan yang ada pada dirinya membenarka­n kata-kata, ‘tiada seorang manusia pun yang sempurna’.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalingl­ah (jangan dihiraukan) orangorang yang jahil (yang degil dengan kejahilann­ya).” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia