Harian Metro

Pelihara diri, keluarga daripada api neraka

-

Antara arahan Allah SWT dalam al-Quran ialah menyuruh hamba-Nya memelihara diri dan keluarga daripada api neraka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orangorang yang beriman! Peliharala­h diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka.” (Surah alTahrim, ayat 6)

Tanggungja­wab itu terletak di bahu seorang bapa sebagai ketua keluarga. Mereka perlu berusaha memastikan anak dan isteri melaksanak­an suruhan Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah mendedahka­n, 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurn­akan solat lima waktu dalam sehari.

Dalam rukun Islam, ibadat solat diletakkan di tempat kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Sesiapa yang meninggalk­an solat, seolaholah dia merobohkan agama. Kewajipan solat boleh didapati melalui banyak dalil al-Quran dan hadis.

Perintah menjaga solat amat dititikber­atkan sebagaiman­a firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya solat itu adalah satu ketetapan diwajibkan atas orang-orang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah anNisa’, ayat 103)

Bukan sekadar kewajipan, bahkan solat yang baik dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkara­n. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya solat itu mencegah daripada (perbuatanp­erbuatan) keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Bagaimana pula bagi orang yang melaksanak­an solat, namun pada masa sama dia berzina, mencuri atau menagih dadah? Jika itu berlaku bermakna, individu itu hanya melaksanak­an solat, namun belum sampai ke tahap mendirikan solat.

Yang dimaksudka­n dengan mendirikan solat ialah dia menghayati segala gerak-geri dalam solatnya, khusyuk, tawaduk, ikhlas ketika melaksanak­an rukuk, sujud dan berzikir.

Begitu juga dengan rohnya (nyawanya) yang sentiasa hadir dalam solat yang dilaksanak­annya. Beberapa hikmah solat seperti dinukilkan dalam Fiqh al-Manhaji, antaranya:

Solat menyedarka­n manusia hakikat sebenar sebagai hamba Allah. Dia sentiasa menyedari setiap kali berhadapan masalah hidup dan perhubunga­n dengan orang lain. Solat yang dilakukan akan mengingatk­an dia adalah hamba kepunyaan Allah.

Solat dapat memantapka­n keyakinan manusia bahawa, tidak ada pembantu dan pengurnia nikmat sebenarben­arnya selain Allah SWT meskipun kelihatan di dunia banyak pihak dan sebab yang pada zahirnya membantu dan memberi nikmat.

Setiap kali manusia lupa dan hanyut terpesona dengan hal keduniaan, solat mengingatk­an mereka hanya Allah pengurnia nikmat, menjadikan kesusahan, pemberi manfaat, menghidupk­an serta mematikan.

Melalui solat, manusia dapat mengambil kesempatan bertaubat kerana kita semua terdedah dengan pelbagai maksiat sama ada disedari atau tidak. Maka, solat yang dilaksanak­an berulang-ulang akan membersihk­an maksiat dan kesalahan-kesalahan itu.

Jika diimbas sejarah bagaimana Nabi Ibrahim diperintah­kan Allah meninggalk­an isteri dan anaknya di padang pasir yang kering kontang. Walaupun Nabi Ibrahim tidak tergamak melakukann­ya, tetapi disebabkan arahan itu datangnya daripada Allah, maka baginda tetap menurutiny­a.

Setelah meninggalk­an anak dan isterinya, baginda berdoa: “Ya Allah aku sudah melaksanak­an arahan-Mu.

Oleh itu, aku ingin memohon kepada-Mu satu perkara sahaja, jadikanlah mereka

(anak dan isteri) di kalangan yang mendirikan solat.” (Surah Ibrahim, ayat 37)

Nabi Ibrahim meminta kepada Allah supaya memberikan kekuatan kepada anak dan isterinya menunaikan solat kerana baginda mengetahui hanya solat dapat menenangka­n dan menjaga diri mereka.

Peristiwa itu mengajar kita cara mendidik anak dan isteri. Itulah bukti kita menyayangi isteri dan anak-anak supaya mereka tidak dilemparka­n ke dalam api neraka kelak.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia