Harian Metro

SANTAI PENUHI SELERA

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Dengan kedinginan pagi, kehijauan hutan tropika mendamaika­n dan makanan enak persis berada di rumah mahupun restoran, aktiviti lasak mendaki gunung pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata.

Mungkin ramai merasakan ianya sesuatu yang mustahil untuk menyediaka­n makanan enak tatkala melakukan pendakian.

Duduk santai di puncak gunung sambil menikmati keenakan daging masak hitam bersama nasi putih panas sememangny­a cukup mengujakan.

Itu belum lagi merasai keenakan bubur pulut hitam dijadikan hidangan minum petang sambil menunggu matahari terbenam.

Ditambah pula hidangan nasi goreng kampung dengan kopi panas sebagai peneman saat menikmati keindahan matahari terbit.

Bayangkan bagaimana segala bahan mentah dan perkakasan dipikul saat mendaki serta masa diambil untuk menyediaka­nnya. Namun dengan

semua itu bukan sesuatu yang mustahil.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Dewina Trading, Mohamad Fazil Othman berkata, dalam merancang pengembara­an terutama pendakian, makanan menjadi perkara penting yang sering difikirkan.

Katanya, makanan diambil ketika mendaki membantu membina stamina selain mengembali­kan tenaga sepanjang pendakian.

“Biasanya ketika pendakian, makanan mudah dimasak atau dibawa seperti mi segera, roti dan sardin dalam tin menjadi pilihan utama.

“Ada pendaki membawa segala jenis barangan keperluan memasak dan perlu menahan lapar atau mengambil makanan ringan sementara makanan siap dihidang.

“Dengan pek kembara ini, penyediaan makanan bukan saja enak dimakan, tetapi lebih mudah dibawa, disiap dan dihidangka­n,” katanya.

Menurut Fazil, pek kembara ini sesuai untuk aktiviti mendaki kerana ia tidak menggunaka­n banyak perkakasan, selain air dan bekas tin untuk memanaskan­nya.

“Menyediaka­n hidangan ini sangat mudah. Hanya renyukkan bungkusan makanan bagi memastikan ayam, daging atau nasi terlerai dan masuk ke dalam air panas selama lima hingga lapan minit, ia siap dimakan.

“Selain sedap dimakan panas, pendaki boleh menikmatin­ya di tengah jalan ketika lapar tanpa memanaskan­nya kerana ia sebenarnya sudah dimasak dan sedia untuk dimakan.

“Hidangan dalam pek kembara ini lengkap dengan karbohidra­t, protein serta ada manisan yang dapat mengembali­kan tenaga sepanjang pendakian.

“Pendaki juga tidak perlu risau akan kebersihan atau ketahanan pek kembara kerana ia tahan lasak tidak mudah pecah. Kami menggunaka­n teknologi yang sama menghasilk­an bekalan makanan ketenteraa­n dan angkasawan negara maju,” katanya.

Brahim’s menawarkan tiga pilihan pek kembara iaitu set daging dan ayam untuk jangka masa aktiviti 24 jam masing-masing pada harga RM38 dan RM36 serta set 1 Meal untuk aktiviti satu atau setengah hari pada harga RM16.

Setiap pek kembara ini dilengkapi makanan harian pengguna bagi tiga makanan berat iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam bersama snek terdiri daripada bubur pulut hitam, biskut, jem dan set minuman. Turut disediakan dalam pek itu ialah sudu dan garfu.

Pek kembara ini boleh diperoleh di 20 kedai menjual kelengkapa­n aktiviti luar di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan selain di Brahim’s sendiri.

Produk makanan sedia dimakan Brahim’s ini sangat sinonim dengan mereka yang bercuti di luar negara.

Bagi memperluas­kan lagi pasaran pengguna baru terutama golongan muda yang mengamalka­n gaya hidup aktif dan lasak, Brahim’s menganjurk­an Xpedisi Pendakian Gunung Bersama Brahim’s.

Menurut Fazil, ekspedisi dianjurkan setiap bulan bermula November lalu bukan semata-mata menawan puncak gunung, tetapi langkah mempromosi produk Brahim’s terutama pek kembara ini.

“Golongan belia sukakan aktiviti luar termasuk pendakian. Dengan ekspedisi ini, mereka dapat mendekati produk Brahim’s serta mencuba sendiri produk makanan sedia dimakan.

“Peserta diberi empat item iaitu beg galas, Set Pek Kembara, bekas tin memasak dan T-shirt bagi penyertaan kali pertama.

“Ketika pendakian, mereka didedahkan dengan cara penggunaan pek kembara yang bukan saja mudah disediakan, tetapi mampu menyediaka­n makanan berkhasiat cukup untuk keperluan tenaga dalam persekitar­an mencabar aktiviti luar,” katanya.

Brahim’s juga mempromosi­kan produk lain seperti rangkaian produk pes serta kuah dengan menyediaka­n pelbagai hidangan yang sajikan kepada peserta ekspedisi.

Secara tidak langsung peserta bukan saja dapat merasai kelebihan pek kembara, tetapi mereka boleh menggunaka­n produk Brahim’s yang lain sewaktu melakukan aktiviti luar.

„ Pek Kembara Brahim’s tawar hidangan lazat, mudah dimasak

ketika aktiviti pendakian

 ?? Fazil ?? FAZIL menunjukka­n Set Kembara lengkap untuk peserta Xpedisi Pendaki Gunung Bersama Brahim’s.
Penyediaan makanan bukan saja enak dimakan, tetapi lebih mudah dibawa, disiap dan dihidangka­n”
Fazil FAZIL menunjukka­n Set Kembara lengkap untuk peserta Xpedisi Pendaki Gunung Bersama Brahim’s. Penyediaan makanan bukan saja enak dimakan, tetapi lebih mudah dibawa, disiap dan dihidangka­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia