Harian Metro

HIBURAN HUJUNG MINGGU

- Mohd Sabran Md Sani sab@nstp.com.my

Karnival Jom Heboh (KJH) anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Angsana Mall Johor Bahru di sini, dilihat memberi impak dalam membawa hiburan hujung minggu kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata, program tahunan itu turut merangsang ekonomi penduduk bandar raya itu terutama aktiviti jualan di kawasan berkenaan.

“KJH yang berlangsun­g lebih 10 tahun ini, memberi impak kepada orang ramai dalam mendapatka­n hiburan hujung minggu.

“Selain itu ia memberi peluang kepada peniaga menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian kepada pelanggan termasuk warga Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat KJH anjuran MPB di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen MPB Johan Ishak.

Daerah itu destinasi terakhir siri jelajah selepas Pulau Pinang dengan menampilka­n pelbagai aktiviti di gerai utama seperti Banana!, Raudhah, Drama Sangat serta Gelanggang #KitaJuara.

Osman berkata, program itu dapat merapatkan hubungan silaturahi­m bukan saja kepada peniaga yang mengambil bahagian, tetapi penonton TV3 di negeri itu.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya menyasarka­n 500,000 pe- ngunjung membanjiri KJH sepanjang dua hari penganjura­n bermula Jumaat lalu.

“Johor antara lokasi unik yang sentiasa mendapat jumlah pengunjung teramai setiap tahun penganjura­n KJH.

“Kami membawa pelbagai jenama program popular kepada peminat setia TV3 termasuk program

berbentuk Islamik Raudhah, Drama Sangat dan Banana!,” katanya.

Bagi KJH katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua warga Johor, Melaka dan Singapura meluangkan masa serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

“Paling penting, pelbagai gerai menawarkan pakej barangan dengan harga tidak masuk akal,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG mencuba pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival.
PENGUNJUNG mendaftar secara online bagi menyertai aktiviti di gerai Hijab & Heels.
PENGUNJUNG mencuba pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival. PENGUNJUNG mendaftar secara online bagi menyertai aktiviti di gerai Hijab & Heels.
 ??  ?? OSMAN diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid (lima dari kanan) bersama kanak-kanak di gerai Banana!.
OSMAN diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid (lima dari kanan) bersama kanak-kanak di gerai Banana!.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengunjung­i gerai Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyemak dan membayar saman.
PENGUNJUNG mengunjung­i gerai Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyemak dan membayar saman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia