Harian Metro

Tak perlu lagi pindah-randah

-

Melaka: “Alhamdulil­lah, akhirnya saya dan anak ada tempat berteduh, tidak lagi berpindah-randah,” kata penerima rumah Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Dalila Sahili, 33.

Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa menyewa selepas rumah lamanya runtuh akibat ribut pada kejadian pertengaha­n tahun lalu.

“Sebagai ibu tunggal ia memang membebanka­n kerana terpaksa menyewa selain turut mempunyai tanggungan anak yang bersekolah.

“Mujurlah permohonan zakat saya diluluskan dan selepas itu sekali lagi menerima pula perkhabara­n gembira apabila dimaklumka­n bakal menerima sebuah rumah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri Melaka di Balai Panjang di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Dalilah Awaludin dan Ketua Perkhidmat­an Pelanggan Bahagian Pembahagia­n TNB Melaka, Ir Ahmad Rezahan Mohammad.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia berpindah masuk ke rumah baharunya pada pertengaha­n Oktober lalu selepas siap dibina sepenuhnya.

“Rumah ini rezeki anak, walaupun kehidupan kami serba kekurangan, sekurang-kurangnya mempunyai persekitar­an selesa untuk membesar,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Rezahan, berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB sentiasa memainkan peranan sewajarnya dalam membantu menyediaka­n kehidupan selesa untuk masyarakat memerlukan.

“Sepanjang tahun ini di Melaka, sebanyak 17 rumah siap dibina melalui Projek Baiti Jannati dengan kos perbelanja­an kira-kira RM655,000.

“Mereka yang layak terpilih ini adalah golongan asnaf dan ibu tunggal,” katanya.

 ??  ?? DALILAH (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Nor Dalila (tiga dari kanan).
DALILAH (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Nor Dalila (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia