Harian Metro

5 TAHUN BERJUANG

-

Kesibukan kerja sebagai pensyarah dan terpaksa mengurus anak istimewa tidak menghalang pasangan suami isteri menamatkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) mereka.

Pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke-13, semalam, Dr Norzaiazmi­n Yahaya, 40, dan isteri, Dr Noraini Othman, 40, masing-masing menerima PhD Kejurutera­an Mekanikal dan Kejurutera­an Mikroelekt­rik.

Norzaiazmi­n berkata, beliau bersyukur kerana selepas lima tahun berhempas pulas, akhirnya mereka berdua berjaya menggengga­mnya.

“Tidak dinafikan sepanjang tempoh pengajian, kami terpaksa berkorban masa sampai tidak keluar berjalan atau melancong ke mana-mana, malah ada masanya kami terpaksa berlawan dengan emosi.

“Anak kedua kami yang berusia 12 tahun pula tidak boleh melihat sejak dilahirkan dan memerlukan penjagaan khusus setiap hari, namun kami bersyukur berjaya menamatkan pengajian,” kata bapa kepada empat anak itu.

Norzaiazmi­n dan Noraini adalah antara 526 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama Konvokesye­n UniMAP yang disampaika­n Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l di Dewan Ilmu, UniMAP Pauh Putra.

Seramai 3,623 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesye­n yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam.

Norzaiazmi­n berkata, beliau dan isteri yang bekerja sebagai pensyarah di UniMAP perlu bijak dan saling

„ Pasangan tamatkan pengajian peringkat PhD

memahami dalam memenuhi tuntutan kerja, keluarga dan pengajian.

“Jika saya ada kuliah pada sebelah pagi, isteri akan hantar anak kedua ke pusat pemeriksaa­n mata dan tiga lagi anak ke sekolah.

“Pada waktu tengah hari pula, saya akan meluangkan masa untuk ambil anak-anak dan memasak makanan mereka sementara menanti isteri tamat sesi pengajaran­nya di sebelah petang.

“Pada sebelah petang, saya ke fakulti untuk sambung memberi kuliah kepada pelajar dan isteri mengambil alih tugas menjaga anak-anak,” katanya.

Norzaiazmi­n berkata, beliau bersyukur kerana anak perempuan sulungnya yang berusia 14 tahun begitu memahami dan sanggup menjaga adiknya pada hujung minggu sementara dia dan isteri menghadiri sesi kuliah mereka sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian.

 ??  ?? DR Norzaiazmi­n dan Dr Noraini berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah
Doktor Falsafah di Istiadat Konvokesye­n UniMAP ke-13 di Dewan Ilmu, UniMAP Pauh Putra.
DR Norzaiazmi­n dan Dr Noraini berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Istiadat Konvokesye­n UniMAP ke-13 di Dewan Ilmu, UniMAP Pauh Putra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia