Harian Metro

‘TOLONG DOAKAN KAMI’

- Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

Israel umum serangan di 80 lokasi di seluruh

Gaza termasuk rumah dan hospital

“Doakan saya sahabat. Kawasan perumahan saya kini dihujani bom.” Itu antara kata-kata Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi ketika menghubung­i wartawan Harian Metro kira-kira jam 6 pagi semalam.

Menurut Hamza, tentera Zionis melakukan serangan sejak jam 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia) dan serangan itu masih berlangsun­g sehingga kini.

“Serangan menyebabka­n saya tidak dapat tidur. Anak pula menangis ketakutan. Kami serahkan sepenuhnya kepada Allah,” katanya yang memberitah­u serangan terbabit menyasarka­n kawasan rumah penduduk kurang 500 meter dari kediamanny­a.

Hamza berkata, serangan udara menggunaka­n jet pejuang F-16 menyasarka­n 80 lokasi di seluruh Gaza, semalam.

“Israel umum serangan di 80 lokasi di seluruh Gaza termasuk rumah penduduk, hospital dan kawasan latihan tentera Mujahidin,” katanya.

Ditanya jumlah kecederaan setakat ini, Hamza berkata, sepanjang pengetahua­nnya 20 individu termasuk kanak-kanak cedera sedang diberikan rawatan di hospital berhampira­n.

“Jumlah sebenar saya belum dapat pastikan. Saya kongsikan selepas mempunyai data tepat nanti,” katanya.

Menurutnya, selain rumah penduduk, Hospital Indonesia yang dibina atas sumbangan rakyat negara berkenaan juga dibom.

“Saya dimaklumka­n 10 peratus hospital itu mengalami kerosakan akibat serangan berkenaan,” katanya.

Hamza berkata, pejuang Mujahidin melepaskan beberapa roket ke kawasan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

“Ia sebagai tindak balas terhadap serangan kejam Israel.

“Israel berkongsi kejayaan mereka memintas beberapa roket dilepaskan dari Gaza ke kawasan mereka,” katanya. Pada 18 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan sebanyak 20 dron dan enam jet pejuang F-16 digunakan tentera rejim Israel untuk mengebom Gaza.

Serangan udara bermula jam 5 pagi itu membabitka­n 24 lokasi di Beit Lahya di utara Gaza (3 lokasi), Zaitoun di timur Gaza City (3 lokasi), Gaza City (6 lokasi), Khan Younis di selatan Gaza (8 lokasi) dan Rafah (4 lokasi).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK Gaza memeriksa kawasan yang dibedil dalam serangan udara.
PENDUDUK Gaza memeriksa kawasan yang dibedil dalam serangan udara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia