Harian Metro

10 hari tawan tiga kem induk

-

Holdings Sdn Bhd dan FGV Holdings Bhd.

Hafiz berkata, ekspedisi berkenaan adalah antara siri latihan sebagai persediaan ke Everest yang disasarkan menjelang 2022 bersama beberapa pengamal media tempatan lain.

Katanya, antara cabaran dilalui ialah berdepan suhu sejuk di bawah paras beku mencecah negatif 10 celcius dan kekurangan kemudahan kecemasan untuk penyakit akut gunung (AMS) daripada syarikat penyedia perkhidmat­an pendakian tempatan.

“Kami bernasib baik kerana mempunyai persediaan daripada segi teknikal dan taktikal terutama membawa pelbagai ubat untuk melindungi diri daripada penyakit atau menghadapi saat kecemasan ketika mendaki.

“Paling tidak dapat dilupakan ketika pendakian dari Kem Kokchurong ke Tansing apabila kami melihat seorang pendaki tempatan diusung untuk dibawa ke bawah kerana AMS.

“Bukan hanya itu, pada hari terakhir dari Kem Tsoka ke Yuksom, seorang pendaki tempatan meninggal dunia akibat serangan penyakit sama,” katanya.

Sehari sebelum pendakian, dia bersama Hasriq berkayuh sejauh 540 kilometer bermula dari Kolkata sehingga Siliguri melalui beberapa bandar kecil yang jarang dikunjungi pelancong asing seperti Kuli Chowrasta, Old Malda dan Farakka.

“Cabaran ketika berbasikal ialah terpaksa berkayuh dalam tempoh masa panjang terutama dari Farakka ke Naya Basti sejauh kira-kira 200 kilometer disebabkan sudah kesuntukan masa untuk tiba ke Siliguri,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Hasriq, Hafiz dan Zuraila berada di Kem Induk Gochala La Pass pada paras 5,100 meter berlatarbe­lakangkan puncak Gunung Kanchenjun­ga. Gambar kecil, Hafiz menghampir­i lokasi penamat berbasikal di Siliguri dari Kolkata sejauh 540km.
DARI kiri, Hasriq, Hafiz dan Zuraila berada di Kem Induk Gochala La Pass pada paras 5,100 meter berlatarbe­lakangkan puncak Gunung Kanchenjun­ga. Gambar kecil, Hafiz menghampir­i lokasi penamat berbasikal di Siliguri dari Kolkata sejauh 540km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia