Harian Metro

HARAPAN BARU

- Mohamed Basyir m.basyir@nstp.com.my

Dua bayi, remaja derita penyakit jantung kongenital terima bantuan perubatan

Program anjuran Parkway Pantai memberikan sinar baharu kepada dua bayi yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital.

Ainnur Najihah Abd Malik dan Ahmad Fawwaz Ahmad Bukhari adalah dari keluarga kurang berkemampu­an dan menerima rawatan itu di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Ainnur Najihah, 11 bulan, yang juga menderita penyakit dubur tidak berlubang, sindrom Down dan beberapa komplikasi jantung lain, dinasihatk­an menjalani pelba- gai rawatan sejak dilahirkan.

Pelbagai komplikasi itu hanya dikenal pasti 20 minit sebelum ibunya, Mashaida Zakaria, 35, melahirkan Ainnur Najihah di Hospital Sik, Kedah, apabila anaknya itu didapati mempunyai kadar degupan jantung tidak normal.

Bayi berkenaan kemudianny­a dipindahka­n ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kemudian dirawat di Hospital Gleneagles.

“Saya sudah berhenti berharap kerana tidak mampu membiayai peru- batan anak.

“Kami pergi banyak tempat untuk berubat sebelum dinasihatk­an ke Hospital Gleneagles untuk menerima rawatan percuma.

“Sangat menyedihka­n melihat lidah anak saya warna biru. Saya bersyukur anak kami sudah sembuh dan gembira melihatnya mampu tersenyum riang seperti bayi lain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagi program itu, sebanyak RM6 juta diperuntuk­kan Parkway Pantai di 14 Cawangan Hospital Gleneagles dan Hopital Pantai di seluruh negara pada tahun ini.

Sementara itu, keadaan berlainan bagi Ahmad Fawwaz berusia setahun yang menderita penyakit jantung berlubang ketika berusia seminggu selepas dilahirkan bersama pasangan kembarnya, Ahmad Fayyaddh di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Dia terpaksa menjalani dua pembedahan berasingan, membabitka­n prosedur di bahagian jantung sebelum turut mengalami masalah pneumonia akibat kegagalan paru-paru.

Sementara itu, remaja perempuan, Yu Rou Ai, 13, yang turut menderita penyakit jantung kongenital turut menerima manfaat daripada program terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia