Harian Metro

LARI KAKI PATAH

- Agensi

Seorang pelari nekad menghabisk­an larian dengan penuh bermaruah walaupun kakinya patah, malah sanggup merangkak hingga ke garisan penamat dalam acara larian berganti-ganti di Fukuoka, Jepun.

Rei Iida, 19, yang juga pelajar universiti menunjukka­n keazaman tinggi dalam pertanding­an itu kerana tetap ingin meneruskan larian sambil menahan kesakitan.

Daily Mail melaporkan dia mengalami kecederaan itu ketika tinggal 182 meter untuk menghabisk­an larian berganti-ganti sejauh 3.5 kilometer.

Rakaman video menunjukka­n Rei merangkak laju di atas jalan tar dalam keadaan kakinya yang patah manakala penonton yang kagum dengan semangatny­a terus melaungkan sorakan dan sokongan bagi menyuntik semangatny­a.

Walaupun tangan dan lututnya kelihatan luka dan berdarah, dia tidak mengendahk­an

„ Pelari cedera dalam perlumbaan

tetap habiskan saingan

kesakitan yang dialami demi menghabisk­an lariannya.

Semangat itu turut menyentuh perasaan ahli pasukannya yang menitiskan air mata sebelum Rei berjaya menamatkan pusinganny­a dengan lututnya berlumuran berdarah.

Pelari amatur remaja itu dilaporkan enggan mengalah dalam pertanding­an itu, malah ketika dihampiri, dia sempat bertanya ‘berapa meter lagi?’ lapor Runners World.

Runners World melaporkan dia dihantar ke hospital sebaik tiba di garisan penamat selain disahkan retak tulang yang akan mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih kembali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia